Entry terbaru

MERDEKA??

apakah maksud MERDEKA? jika dulu perkataan merdeka itu diertikan sebagai perjuangan dan kebebasan..pada tahun ini Merdeka bagi ialah perjuangan dalam mempertahankan tanah air tercinta..siapa kata zaman perjuangan telah tamat??perjuangan dulu adalah untuk membebaskan negara dari dijajah.manakala perjuangan sekarang adalah perjuangan untuk mempertahankan negara dari dijajah..perjuangan ini adalah perjuangan sepanjang hayat. Kita sering kali dengar ada yang mengatakan negara kita sedang dijajah..adakah kita tahu apa yg dimaksudkannya...dijajah sama ertinya dengan ditakluk @ dikuasai..jika kita rasa dikuasai atau terikat dengan apa saja maka kita sedang dijajah..oleh itu Islam menyebut HIJRAH.. hijrah bermaksud perubahan,dari sesuatu yang kurang baik kepada sesuatu yg lebih baik...apa kaitannya MERDEKA & HIJRAH? kedua-duanya saling berkaitan...Merdeka = perjuangan manakala Hijrah = perubahan...gabungan ini akan akan mengambarkan erti kemerdekaan yang sebenar...perjuangan untuk perubahan..... dalami lah erti kemerdekaan sebenar.. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52...

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...