Entry terbaru

ASAM GARAM PRAKTIKAL




Cuti semester ini saya telah menjalani latihan industri. Tempat pilihan ialah Persekutuan Orang Pekak Malaysia. Organisasi ini merupakan NGO yang dibantu oleh kerajaan.

Nak dipendekkan cerita, saya ditempatkan di dibawah Jabatan Perhubungan Awam. Diketuai oleh Anthony Arul.

saya dijadikan Setiausaha dalam jabatan tersebut. Segala minit mesyuarat dan surat menyurat saya uruskan. Minit mesyuarat perlu dibuat dalam English. Biasalah budak baru masuk kerja,mana lah tahu sgt pasal aktiviti organisasi yg lps. Sedikit kesilapan didalam minit mesyuarat menyebabkan minit itu di 'reject'. Sahingga 6 kali buat baru ok. Itu perkara biasa,tak menjadi masalah. Yang paling bengang sekali bila ada ayat yg die kata betul sebelum itu menjadi salah. Itu mmg xdpt terima sbb die ckp mmg putar belit.

Dah 2 minggu bekerja disana.(boleh tahan lg masa tu) Hari jumaat minggu kedua, masuk ke biliknya dan berbincg mengenai kerja,die mmg basuh giler2,dalam hati ckp 'ini organisasi kebajikan ke kem tentera'.

Setelah habis sesi 'torture', saya keluar dr bilik die,dgn tenang kemas laptop dan belah mcmtu je. Balik UPM explain kt lecturer. Lecturer pun gelakkan je..

So saya nasihatkn kepada adik2 yg akan menjalani latihan industri,pilih lah company yg btul2 sesuai utk korang buat praktikal.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...