Entry terbaru

Romantiknya ketika bercinta!

Di  alam percintaan, kalau boleh semua perkara mahu dilakukan bersama-sama.  Jika diberi peluang, sesaat pun anda tidak mahu berenggang dengan  pasangan anda. Apatah lagi jika anda masih di awal percintaan.

Namun  harus diingat, bukan semua pasangan dapat meluangkan masa yang banyak  bersama. Jadi, apa kata anda cuba beberapa aktiviti yang disenaraikan di  bawah yang dikatakan mampu memberikan sensasi berbeza kepada jalinan  cinta yang terbina.

1. Menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama.

2.  Berduaan berjalan di dalam hujan. Mungkin agak aneh bagi sesetengah  pasangan, namun bagi mereka yang pernah mencuba, aktiviti ini mampu  membahagiakan serta meredakan tekanan.

3. Kenal pasti wangian  kegemaran pasangan anda. Apabila anda keluar bersamanya, semburkan  sedikit wangian tersebut dan lihat reaksinya. Sudah tentu pasangan anda  menjadi lebih rapat dan manja di sisi anda.

4. Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup sekadar sekotak coklat atau sekuntum bunga mawar.

5.  Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di dalam diarinya tanpa  disedari. Apabila dia membaca nota cinta itu, si dia tentu akan  tersenyum sambil mengingati anda.

6. Menyanyikan lagu cinta  untuknya. Anda tidak semestinya bersuara merdu untuk tujuan ini.  Cukuplah jika mesej yang cuba anda sampaikan berjaya diterimanya.  Hatinya pasti tersentuh dengan segala usaha yang telah ditunjukkan oleh  anda.

7. Pegang tangannya, pandang tepat pada anak matanya, cium  tangannya dan letakkan di hati anda. Pasti si dia angau dengan  perlakukan anda itu.

8. Menonton filem romantik kegemarannya.  Sesekali ubah selera anda yang sukakan cerita-cerita seram dan
ganas. Si  dia pasti akan menghargai usaha anda itu.

9. Jangan sekali-kali  lupa untuk memberikan kucupan selamat malam kepada pasangan anda.  Mungkin ada yang beranggapan ianya remeh, namun terdapat pasangan yang  mengakui kucupan selamat malam merupakan aktiviti paling romantik yang  dilakukan selepas penat bekerja seharian.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...