Entry terbaru

Hukum hisap shisha

دMenghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt: 
يسئلونك ماذا أُحل لهم قل أُحل لكم الطيبات 
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), "Apakah yang dihalalkan bagi mereka"? Katakanlah, "Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)
Dan firmannya lagi:
ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث
Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A'raf: 157)
Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon. (tamat jawaban bekas mufti Saudi)

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...