Entry terbaru

Ronaldo Umum bersara


Pemenang anugerah pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali yang sudah berusia 34 tahun itu masih mempunyai kontrak bersama Corinthians sehingga akhir tahun ini.
Menurut Ronaldo, masalah kecederaan berulang menjadi faktor utama dia membuat keputusan itu.
Sepanjang kariernya, Ronaldo telah menjaringkan lebih 400 gol termasuk rekod 15 gol pada pusingan akhir Piala Dunia.
Ronaldo hanya menjadi pemain simpanan yang tidak digunakan langsung ketika Brazil menjuarai Piala Dunia 1994 tetapi muncul penjaring terbanyak ketika Brazil menjuarai kejohanan itu pada 2002.
Ronaldo dijangka akan kekal di Corinthians dengan peranan baru di bidang pentadbiran kelab itu.
Antara kelab yang pernah diwakili Ronaldo ialah Cruzeiro, PSV Eindhoven, AC Milan, Inter Milan, Barcelona, Real Madrid dan Paulista.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...