Entry terbaru

Review HAQ


Sinopsis Haq:- Kisah ini memaparkan kehidupan tradisional keluarga Melayu di sebuah kampung yang berunsurkan kegelapan kuasa ghaib, kharomah, rahsia and pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangankan kebenaran yang hakiki. Kisah ini berkisarkan tentang Haq, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) yang merupakan seorang yang bijak yang juga merupakan adik angkatnya. Haq berupaya untuk mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.
Satu kemalangan telah berlaku berpunca daripada kedegilan Bad yang menyebabkan kematian ibu kandung Haq di depan mata mereka semasa mereka kecil. Dengan ini, jaringan rahsia, rasa bersalah dan cemburu mula berkembang. Beberapa tahun kemudian, sekembalinya Haq dari belajar diluar negara, beliau disambut dengan penuh kegembiraan kecuali daripada Bad, yang tidak berpelajaran tinggi, lebih suka menghabiskan masanya bercampur dengan samseng kampung daripada mengusahakan perusahaan ladang dan pertanian milik keluarga.
Ini merunsingkan Haq and bapanya, Haji Ibrahim yang bukan sahaja mendidik Bad seperti anaknya malah mengambil kedua orang tua Bad untuk bekerja dengannya. Bad kesal, dia hanya menyalahkan takdir dan keadaan dan mempersoalkan kenapa Haq mempunyai kuasa sedangkan dia hanya seorang anak kepada pembantu rumah. Bapa kandung Bad telah lama menderita sakit meninggal dunia walaupun berkali–kali cuba dirawati oleh Haji Ibrahim.
Haji Ibrahim juga terkenal dalam masyarakat, dianugerahkan Allah untuk merawat penyakit. Bad menjadi lebih marah kerana kegagalan bapa angkatnya itu menyembuhkan penyakit ayahnya dan juga kepada takdir kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan sekelilingnya. Dengan kemarahan ini jugalah beliau menyalahkan semua orang dan Tuhan, malah telah bersekongkol dengan ilmu hitam dan syirik kepada Allah.
Bad lalu menghilangkan diri. Masa berlalu, Haq telah menceritakan segala–galanya tentang kematian ibunya kepada ayahnya semasa Haji Ibrahim sakit tenat. Kepulangan Bad ke kampung semasa hari pengkebumian Haji Ibrahim mengejutkan semua pihak. Bad, kemudian telah membawa Haq dan pembantunya Aina ke kota lalu mengambil Haq sebagai rakan kongsinya.
Di kota, barulah Haq tahu bahawa Bad mempunyai empayar perniagaan yang besar lagi kukuh. Di situ juga Haq telah berkenalan dengan Zahra yang merupakan pembantu Bad yang mengoda dan materialistik. Bad telah memperkenalkan Haq tentang dunianya yang penuh kekayaan, kekuatan dan kehausan kuasa. Pada masa yang sama, Haq telah tertarik kepada kejelitaan Zahra walaupun dia tahu tentang perhubungan antara Zahra dan Bad.
Haq mula dapat menghidu kehadiran kejahatan yang bersembunyi di dalam diri Bad dan kebenaran tentang kematian Haji Ibrahim juga terserlah. Bad juga telah menunjukkan belangnya. Haq terpaksa mencari kekuatan dan keberanian untuk berhadapan dengan kebenaran dan keputusan itu akan merubah hidup mereka selama- lamanya.
Tajuk Filem:
Haq
Pengarah:
Clhor, Jumaatun Azmi
Penerbit:
Kasehdia Sdn Bhd
Dipawagam:
27 Januari 2011
Pelakon Haq:
Zul Huzaimy
Adyputra
Nanu
Raja Farah
Fatimah Abu Bakar
Zulkifli Ismail
Ammar Adli Bin Mohamed Norin
Amirul Adli Bin Mohamed Norin

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...