Entry terbaru

Asam garam kehidupan

Haiiiihhhhh... dah berminggu aku pikir  nak buat post pasal apa... godek-godek internet ni tgk apa benda yang menarik tapi tak dapat pun..last two weeks ni badan agak penat sebab nak menguruskan sesuatu perkara..rehat tak cukup, tidur pun xcukup..so, mood nak tulis blog pun tak de sangat..

memandangkan aku dah tulis something ni, so aku nk cite sikit pasal kehidupan.. dalam dunia ini memang banyak cabaran dan rintangan yang akan kita tempuhi..itu semua ujian kehidupan..

manusia pula ada macam2 cara tersendiri untuk berdepan dengan masalah...rambut sama hitam tapi hati lain-lain..maksudnya dalam konteks ini, mereka ingin mencapai satu matlamat yang sama tapi berbeza pandangan dan cara..

jangan kita persoalkan tentang perkara-perkara yang diluar batasan pemikiran kita, satu nasihat dari orang lama yang merupakan salah seorang pensyarah, beliau memberi nasihat kepada pelajar-pelajarnya..apa yang berlaku diatas muka bumi ini adalah lumrah alam..jangan kita memaksa otak kita untuk berfikir mengenai perkara yang tidak mampu kita fikir... jika kisah menganggap sesuatu yang berlaku itu atas kehendakNya.. InsyaAllah hati dan fikiran kita akan tenang..

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...