Entry terbaru

15 Ramadhan bakal hura hara?


Salam semua! sila baca sehingga habis ye.. entry ini menjelaskan tetang sesuatu perkara yang telah tersebar di internet. Semoga dengan penjelasan ini dapat memberi kita kepastian. Jika tidak, sila rujuk pakar :)


03hb Ogos 2012 ( bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat )

Cuba lihat kalendar  untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..

Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..


Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

Sila Baca Penjelasan ini:

Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas.

Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; "Tidak boleh seseorang pun berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat. Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.

Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).

p/s: Berhati-hati dengan menyebarkan sesuatu perkara, sila rujuk hadis sahih dan dapatkan kepastian terlebih dahulu ye :)

Sumber: Sini Sini

video

16 Comments
Tweets
Comments

16 Comments:

  1. banyak dengar pasal kiamat tahun 2012 ni..pape pun kite tak tau bile hari khiamat tu..nice sharing..seram bace..huhu..

    ReplyDelete
  2. ei, takot bace en3 nie mase awal awal.

    ade jugak yang nak menipu an ?

    urm, pape pon kite tetap kene bersedia untuk hari kiamat.

    *nice entry :)

    ReplyDelete
  3. Mira paling takot bile bab bab ini keluar dalam internet. xpasti laa nk p'caye ke x.. papepun, tu sume dah jdi ketentuan Allah.. berdoa je yg kita mampu..

    http://aylliarimasiprincess.blogspot.com/2011/08/promotion-iklan-gangster-2.html

    ReplyDelete
  4. salam kenal dan selamat berbuka puasa, amy singgah sini dan follow , jemput ke belog amy.ada contest sedang berlangsung ,menangi fridge magnet , hamper dan cederahati dari Sinar Raudah..

    ReplyDelete
  5. takotnye bila bace bnda2 cmni ..
    nauzubillah .. moga tak tergolong dlm kalangan yang binasa ..

    ReplyDelete
  6. banyakkan beramal ibadah.. semoga kita tergolong dalam golongan orang2 yang beriman.. aminnnn..

    ReplyDelete
  7. hanya ALLAH y maha nengetahui

    ReplyDelete
  8. eii...so scared nie..ngehh.. kat FB byk sal nie.... Hanya Allah maha mengetahui..

    ReplyDelete
  9. soal kiamat x de sape yg tahu..nabi pun x tahu bila kiamat akan berlaku apatah kita yg manusia biasa ni kan..TQ kerana sharing,bagus artikel ni..harap2 masyarakat islam di luar sane x ade yg terpesong..nak share 1 artikel berkaitan umat islam sejagat kt sini ye..mohon tumpang..

    http://wwwzuemygen91.blogspot.com/2011/08/bantulah-kami.html

    ReplyDelete
  10. bila-bila masa je kiamat bolh terjadi.. :( terasa sgt diri kurg beramal..

    ReplyDelete
  11. bahaya betul hadis maudu' ni..kalo org yg kurang pengetahuan ilmu hadis, boleh terpengaruh..

    ReplyDelete
  12. luaskan pengetahuan...bykkan berkongsi pendpt...n selidik setiap fakta...baru dpt kesahihan..

    ReplyDelete
  13. ya Allah, terasa gerun bile bace post nih.. nyata amal masih belum cukup.. huhu..

    ReplyDelete
  14. terima kasih sebab kongsi...wahhh~ takutnye!

    ReplyDelete
  15. Alhamdullah 15 ramadhan dah lepas taun ni....tapi taun depan, errrrr....takotnya =[

    ReplyDelete
  16. This website is certainly instead helpful because I’m in the minute making an online floral internet site - despite the fact that I'm only beginning out for that reason it is actually relatively tiny, nothing at all such as this internet site. Can website link to some from the posts right here because they are fairly. Many thanks significantly. Zoey Olsen

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...