Entry terbaru

Apa itu senggugut dan cara mengatasi

Kali ini nak bagi sedikit info kepada para follower iMBobo.. apa itu senggugut? macam mana nak hilangkan masalah senggugut?


Setiap bulan wanita akan mengalami satu kitaran haid selama 28 hari seminggu. Senggugut bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis. Sengugut sering menyerang seorang wanita pada hari pertama dan kedua haid.

Terdapat dua jenis senggugut boleh menyerang ketika haid iaitu sengugut primari dan senggugut sekondari. Sengugut primari adalah disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat. Kebiasaanya ia sering menyerang pada usia muda sebelum berkahwin dan bertahan pada hari pertama dan kedua haid. Manakala senggugut sekondari pula disebabkan oleh endometriosis (wujudnya sel endometrium di luar rahim dan berlaku pendarahan di dalam perut) atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan bertahan sepanjang pendarahan haid.

beberapa petua cara mengatasi:

1. Ambil 9 biji pinang tua, lepastu bakar sampai jadi arang dan kemudian tumbuk hingga halus. Campurkan dalam air suam dan minum 9 hari berturut2 dari hari pertama haid.

2. Ambil segenggam halia dan tumbuk hingga lumat. Kemudian masukkan dalam air suap, bila halia dah mendak baru minum air tu. Baca selawat dulu tau!

3. Ambil 10 biji lada, tumbuk sampai lumat. Kemudian campurkan dalam secawan air kelapa muda. Minum air tu. InsyaAllah 10 - 15 minit badan akan rasa segar dan mula berpeluh.

4. Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

5. Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya tiga kali sehari selama tiga hari.
6. Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.
7.Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari. 
8. Amalkan minum air suam. Bagus juga air 100plus

9. Melakukan senaman seperti lompat bintang, pasak bumi, dan hula-hoop sebanyak mana yg mampu. Ini diyakini dapat meregangkan sel-sel malas dan menguatkan kepala lutut.

10.Masukkan air suam di dalam botol air dan gulingkan botol air di atas perut

11. Jangan biasakan minum air sejuk atau mandi sejuk bila datang sakitnya sebab badan masuk angin.

Ramai di kalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapat anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut.

ok itu saja info untuk hari ini. sekian terima kasih :)

7 Comments
Tweets
Comments

7 Comments:

  1. insyaAllah petua yg berguna :)

    ReplyDelete
  2. xpernah kena la plak..sakit prot pun jawang wuahahaha

    ReplyDelete
  3. Petua berguna untuk Ben sebab Ben pernah kena senggugut. Hehe...

    ReplyDelete
  4. lagi info tentang senggugut di SIHAT SELALU - Soal-jawab Senggugut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...