Entry terbaru

Chong Wei & Mew Choo umum persaraan


Sukan Badminton Malaysia sekarang tidak menentu. Tiba-tiba 2 orang pemain badminton perseorangan telah pun mengumumkan persaraan mereka. Agak2 korang lah kan, kenapa mereka ambil keputusan macam ni? lihat sebabnya...

Wong Mew Choo telah mengumumkan persaraan kerana tidak mampu lagi untuk memberikan persembahan terbaik di arena badminton setelah mengalami siri kecederaan yang teruk. Secara amnya, beliau merupakan antara bintang badminton wanita yang cemerlang. Kejohanan yang paling diingati pasti pada Terbuka China 2007 dimana beliau berjaya menjuarai kejohanan tersebut dengan mengalahkan beberapa bintang China ketika itu. Namun usia beliau untuk menjadi pemain badminton disegani tidak lama akibat kecederaan. Menurut persatuan Badminton Malaysia (BAM), beliau kemungkinan ditawarkan tugas sebagai jurulatih untuk membimbing pemain remaja. Ianya sesuatu yang bagus memandangkan Mew Choo berpengalaman luas dalam badminton dan pastinya ilmu-ilmu beliau dapat diperturunkan bagi melahirkan atlet badminton wanita yang berpotensi.

Selain itu, ada berita yang lebih mengejutkan. Datuk Lee Chong Wei dalam kenyataannya memberitahu bahawa Sukan Olimpik 2012 di London merupakan pertandingan terakhir buatnya. Beliau yang diharapkan untuk memenangi pingat emas pertama Olimpik ingin bersara selepas itu bagi memberi peluang kepada pemain pelapis untuk bersinar. Kalau dihitungkan, masanya tidak lama. Hanya setahun lebih sahaja lagi sedangkan penggantinya masih belum nampak lagi. Walaubagaimanapun, apa-apa boleh berlaku dalam tempoh setahun ini. Mungkin Datuk Lee Chong Wei akan menarik balik persaraan atau mungkin akan muncul permata baru yang akan menggantikan beliau.

Kedua-dua rapat dengan Misbun Sidek. 



0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...