Entry terbaru

Maklumat Pengajian Bacelor Sains Pembangunan Manusia dan Pengurusan

Memandangkan ramai anak muda yg sedang mencari maklumat pengajian masing2, disini aku nk kongsi serba sedikit maklumat mengenai jurusan yg aku ambil di Universiti Putra Malaysia.

Bacelor Sains Pembangunan Manusia & Pengurusan atau Human Development & Management merupakan salah satu program yg ada di Fakulti Ekologi Manusia(Fakulti Paling Lama).

Dalam program ni anda belajar mengenai MANUSIA. Kajian terhadap manusia dari mula dilahirkan sehingga lah die mati. Maksudnya mengkaji perkembangan manusia dan ekosistemnya secara holistik(keseluruhan).

Nanti anda akan belajar mengenai kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua(penuaan). Porgram ni sebenarnya memang mudah untuk cemerlang, tapi terpulang lah kan pd individu tu nak cemerlang ke xnk hehe...

Ini maklumat yang terbaru utk sesi kemasukkan akan datang:

1.             Kursus Universiti (24 Kredit yang wajib diambil oleh pelajar)
Nama Kursus
Etika dan Nilai dalam Pembangunan
Kenegaraan Malaysia
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Hubungan Etnik
Pertanian dan Manusia
Oral Interaction Skills
General Writing Skills
Asas Keusahawanan
Teknologi Maklumat dan Penggunaannya




2.         Kursus Teras (79 Kredit yang perlu diambil oleh pelajar)


a.       Pembangunan Manusia (43 kredit yang perlu diambil oleh pelajar)


Nama Kursus
Prinsip Biokimia
Konsep Biologi*
Fizik Am*
Kimia Am*
Statistik bagi Sains Gunaan
Pengenalan Fisiologi Manusia
Pengantar Pembangunan Manusia
Kaedah Penyelidikan
Psikologi Perkembangan: Kanak-kanak dan Remaja
Asas Penasihatan dan Kaunseling
Pemakanan, Kesihatan dan Persekitaran
Demografi Sosial
Latihan Industri
Projek Ilmiah Tahun Akhir
Nota: *  Pilih salah satu sahaja


b.       Pengurusan (36 kredit yang perlu diambil oleh pelajar)


Nama Kursus
Perakaunan Pengenalan
Pengurusan Kewangan
Prinsip Ekonomi
Prinsip Pengurusan
Komunikasi Pentadbiran dan Perniagaan
Gelagat Organisasi
Teknik Kuantitatif dalam Pengurusan
Prinsip Pemasaran
Undang-undang Komersil
Pengurusan Strategi
Pengenalan kepada Matematik Ekonomi dan Perniagaan


3.         Kursus Minor/Elektif (Pilih 18 kredit daripada Pakej I dan 18 kredit daripada Pakej II)


a. Pakej I (Pilih 18 kredit sahaja)


Nama Kursus
Psikologi Perkembangan: Dewasa dan Penuaan
Polisi Sosial dan Undang-undang
Perkhidmatan Sosial dan Manusia
Pengurusan dan Pembuatan Keputusan
Teknologi Maklumat, Globalisasi dan Kualiti Hidup
Perancangan dan Penilaian Program
Pembangunan dan Kelestarian
Psikologi Sosial


b. Pakej II (Pilih 18 kredit sahaja)


Nama Kursus
Perakaunan Kos dan Pengurusan
Mikroekonomi
Makroekonomi
Pengurusan Sumber Manusia
Isu-isu Semasa Pengurusan
Dasar Sosial Korporat
Pengurusan Kualiti
Pengurusan Operasi
Pengurusan Perniagaan Antarabangsa
Nota: *  Pilih salah satu sahaja



Kursus Univerisiti bermaksud semua pelajar UPM wajib ambil kursus2 yg dinyatakan.
Kursus Teras merupakan subjek Fakulti yg wajib diambil utk bergraduat.

Lepas tu anda ada pilihan utk pilih kursus minor masing2, sama ada pakej 1 or pakej 2..antara kedua-dua pakej tu ada kekuatannya..pakej 1 lebih senang berbanding pakej 2 TAPI pakej 2 lebih kritikal! majikan nak pekerjanya ada ilmu atau pengetahuan seperti pakej 2 tu...so pandai2 lah fikir yee... :)

kalau nak bantuan jgn segan2 contact aku..ada nota hehe free je!! ilmu harus disebarkan :)

semoga sedkit maklumat ini berguna utk semua yg bercadang untuk menyambung pengajian dalam program ni :) 

60 Comments
Tweets
Comments

60 Comments:

  1. thnx for info :) sgt berguna! terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy nak taw antara pm & tknologi dan pm & pngurusan..mana yg lbih ringan ye?sy masih dlm proses mmilih kos..dan msih tcari2

      Delete
    2. Ringan ye.. maybe pembangunan manusia.

      Delete
  2. student PMTM15/3/12 11:43 PM

    utk PM&TM plak kn, tmpt mne yg sesuai utk LI klw nk fokus lebih pd PM?

    ReplyDelete
  3. kalau nak buat latihan industri utk PMTM saya syorkan buat di syarikat telekomunikasi dan apply dibawah jabatan human resource..

    ReplyDelete
  4. hai.. saya junior br sem 1.. mik BSPM jgk :).. cadangnya nak mik pakej 2 jgk minor HR..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good! Boleh dapatkan nota2 di Pusat Pelajar Fakulti.. ramai senior2 disana boleh membantu.. :)

      Delete
  5. thanksss.. sgt bguna post nie..

    #nak nota bleh x? haha.. sy dpt cos nie jgk kt upm. heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je.. contact di facebook atau email ye :)

      Delete
  6. salam... saya nak tanya... emm, course pembangunan manusia dan pengurusan ni course HR ke bukan?? saya confius la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. course ni bukan HR..ia HD. tapi boleh juga masuk line HR. Terpulang pd subjek yg kamu nak ambil nnt..

      Delete
  7. salam.....peluang pekerjaan untuk program ni sesuai pekerjaan apa ye?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Digalakkan masuk line HR.

      Delete
  8. salam.. bole x nak dapatkan nota2.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. boleh.. subjek yg apa tu?

      Delete
  10. assalam nak tanya... ada tak nota dalam bahasa melayu untuk subjek
    1)PEMBANGUNAN DAN KELESTARIAN,
    2)EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA,
    3)PENASIHATAN DAN BIMBINGAN KERJAYA
    4)PRINSIP BIOKIMIA..

    saya skrg dalam sem 6 BSPM ni.. tengah nak cari nota rujukan kalau ada boleh tolong email kat saya or kalau ada buku2 yg nak jual or boleh bagi saya untuk photostat saya boleh amik di UPM.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua subjek baru tu..xde dlm simpanan.. mgkin boleh rujuk senior tahun 4 thn ni, sbb diorg batch pertama utk subjek baru..

      Delete
  11. assalam nak tanya... ada tak nota dalam bahasa melayu untuk subjek
    1)PEMBANGUNAN DAN KELESTARIAN,
    2)EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA,
    3)PENASIHATAN DAN BIMBINGAN KERJAYA
    4)PRINSIP BIOKIMIA..

    saya skrg dalam sem 6 BSPM ni.. tengah nak cari nota rujukan kalau ada boleh tolong email kat saya or kalau ada buku2 yg nak jual or boleh bagi saya untuk photostat saya boleh amik di UPM.. tq

    ReplyDelete
  12. saya kalau boleh nak dapatkan nota dalam bahasa melayu bg subjek
    1) PEMBANGUNAN DAN KELESTARIAN
    2) EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA
    3) PRINSIP BIOKIMIA
    4) PENASIHATAN DAN BIMBINGAN KERJAYA

    ReplyDelete
  13. Salam, saya nak tanya, apa beza antara ketiga-tiga course Pembangunan Manusia sahaja, pembangunan manusia dan teknologi maklumat, pembangunan manusia dan pengurusan ?

    mana satu yang fokus pada pembangunan manusia shj ? tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang fokus pada pembangunan manusia ialah bachelor sains pembangunan manusia. Yg IT tu ada paper dari fakuti teknologi maklumat, dan pengurusan pula ada paper dari fakulti ekonomi dan pengurusan.

      Delete
  14. saya dapat course ni..doakan saya ye :)

    ReplyDelete
  15. sy pun nk tnye soalan mcm@love seekeQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang fokus pada pembangunan manusia ialah bachelor sains pembangunan manusia. Yg IT tu ada paper dari fakuti teknologi maklumat, dan pengurusan pula ada paper dari fakulti ekonomi dan pengurusan.

      Delete
  16. sy dpt course ni kt upm batch 2013/2014..nk tnye,peluang pkerjaan dye mcm mne ye?senang x nk dpt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika pandai "jual diri" insyaAllah.. dalam alam pekerjaan kemahiran komunikasi adalah penting dan diberi perhatian selain ijazah anda,

      Delete
  17. Sy dah berumur 40, dulu sibuk kerja cari rezeki, skg rasa nak study balik, sy dah boring dengan kerja sekarang (clerical works), ingin tukar bidang, adakah saya dah terlewat? Saya ada Prof. Diploma in Business Studies & entrepeneurship, skg sy nak cari course yg sesuai berdasarkan minat saya, skg baru saya faham minat saya... saya berminat dengan gardening, suka kaji tumbuhan herbal & khasiat, nutrisi makanan, apakah course yg saya boleh ambil secara part time, adakah Bacelor Sains Pertanian sesuai atau ? dan adakah lepas belajar nanti, umur dah 45 masih berpeluang untuk bersaing dan apakah kerja yg sesuai? saya dlm dilema... harap dapat suggestion..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tu kalau berminat nak sambung belajar.. kalau awak lebih minat gardening saya cadangkan ambil Bachelor of Arts (Hons) in Landscape Architecture lebih sesuai berbanding bacelor pertanian..

      Delete
  18. Sy dah berumur 40, dulu sibuk kerja cari rezeki, skg rasa nak study balik, sy dah boring dengan kerja sekarang, ingin tukar bidang, adakah saya dah terlewat? Saya ada Prof. Diploma in Business Studies & entrepeneurship, skg sy nak cari course yg sesuai berdasarkan minat saya, skg baru saya faham minat saya... saya berminat dengan gardening, suka kaji tumbuhan herbal & khasiat, nutrisi makanan, apakah course yg saya boleh ambil secara part time, adakah Bacelor Sains Pertanian sesuai atau ? dan adakah lepas belajar nanti, umur dah 45 masih berpeluang untuk bersaing dan apakah kerja yg sesuai? saya dlm dilema... harap dapat suggestion..

    ReplyDelete
  19. saya nak tanya, course HR ni belajar tentang apa? sbb saya dpt tawaran course ni dari KPTM. mungkin saya nak belajar course ni...

    ReplyDelete
  20. saya nak tanya, course HR ni belajar tentang apa? sbb saya dpt tawaran dari KPTM course tuh.

    ReplyDelete
  21. Sy pelajar baru kos PMTM.. Ad x nota2 yg bleh sy dpt utk mengetahui lbih mngenai PMTM?? Dan kt mana sy boleh dptkn nota2 tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tahu tentang apa dan nota apa? please specific. tq

      Delete
  22. Nk tye.klau kos pembangunan sumber mnusia niy ad sbjek sains cam aliran sains ke

    ReplyDelete
  23. Nak tye klau kos pembangunan smbr mnusia tu ad sbjek sains cm aliran sains tu ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk course ni pelajar perlu mengambil satu subjek pilihan sama ada biologi/kimia dan fizik...

      Delete
  24. Salam.. sy nk tanya mengenai kos pembangunan sumber manusia fakulti pendidikan.. adakah ia sama dengan kos pembangunan manusia dan pengurusan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. kos tu tidak sama. pembangunan sumber manusia lebih kepada HR. Pembangunan Manusia & Pengurusan adalah kehidupan.

      Delete
  25. Assalamualaikum.. abg nk no fon wassup boleh?

    ReplyDelete
  26. Salam..nak cost nie pelajar dari aliran sastera msa spm layak tk

    ReplyDelete
  27. Salam .nk tanye pelajar Dari aliran sastera mse spm layak tk

    ReplyDelete
  28. As salam en nak tanyalah..saya baru je daftar utk bspm ni..skrg dah kerja..cuma saya masih blur lagi..tak tau mcmana nak mula..bole bg tunjuk ajar tak..😂😂😂

    ReplyDelete
  29. As salam en...saya baru daftar utk student pjj bspm thn ni..saya masih blur n tak tau mcmana nak mula...nota lak tak tau mana nak dapat...mohon bantuan n tunjuk ajar en bole tak...masih terkapai kapai ni...😢😢😢😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertenang..banyakkan membaca. tentang nota jangan risau, pensyarah akan maklumkan kemudian.

      Delete
  30. As salam en nak tanyalah..saya baru je daftar utk bspm ni..skrg dah kerja..cuma saya masih blur lagi..tak tau mcmana nak mula..bole bg tunjuk ajar tak..😂😂😂

    ReplyDelete
  31. Nak tanya..kalau saya belajar kos ni.bidang kerjaya apa yg boleh saya ceburi??

    ReplyDelete
  32. Nak tanya..kalau saya belajar kos ni.bidang kerjaya apa yg boleh saya ceburi??

    ReplyDelete
  33. Nak tanya..kalau saya belajar kos ni.bidang kerjaya apa yg boleh saya ceburi??

    ReplyDelete
  34. Hai. Saya nak tanya, saya lepasan asasi sains uitm, saya berminat dengan kursus pembangunan manusia dan pengurusan. So, kalau ambil course ni,mcm mana peluang pekerjaan ? Senang ataupun tidak utk pelajar uitm diterima masuk ke upm ? Thank you

    ReplyDelete
  35. Course pembangunan manusia ni okay ke? Saya dapat tawaran dari upm course ni walaupun saya sebenarnya dari asasi sains. Boleh bagi pros & cons if u dont mind

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok sangat. dekat upm ada 2 course
      1. Pembangunan Manusia - Fakulti Ekologi
      2. Pembangunan Sumber Manusia - fakulti pendidikan

      Delete
    2. Bachelor sains (Pembangunan sumber manusia) fakulti pendidikan ni .. stay belajar subjek sains ke ?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...