Entry terbaru

Gempar : Sharifah Amani hampir diperkosa..




Ketika Sharifah Amani sedang menyiapkan tugas hariannya di studio baru-baru ini, tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenali serta telah mencium pelakon bertubuh kecil molek itu.

Kejadian yang berlaku di studio, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia turut mengejutkan ramai pihak terutama beberapa orang yang menyaksikannya sendiri. Tidak lama selepas itu muncul teman wanita lelaki berkenaan di lokasi itu. Ia menyebabkan pergaduhan besar telah berlaku.

Begitulah aksi salah satu babak lakonan Sharifah Amani bagi watak Siti dan Shashi Tharan (Bootyslap) yang terdapat dalam filem terbaru arahan Afdlin Shauki, Appalam di UPM.

Menariknya, Appalam terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd itu adalah filem Papadom versi Tamil Malaysia yang banyak mengguna pakai bahasa Inggeris, Tamil dan Melayu sebagai dialognya.

Menurut Afdlin, Appalam banyak mempunyai persamaan dengan Papadom termasuk jalan cerita dan lokasi. Cuma barisan pelakon dan dialognya sahaja yang ditukar mengikut kesesuaian.

Pun begitu, bukannya senang bagi Adflin untuk mengendalikan filem ini. Ia bukan sahaja menggunakan Bahasa Tamil yang tidak difahaminya, bahkan Appalam dibarisi ramai pelakon baru menjejakkan kaki dalam dunia lakonan.

"Jika Papadom, pelakon utamanya Miasara lakonan (Liyana Jasmay) bercita-cita untuk menjadi pelakon, tetapi dalam Appalam, Shruthi (Raja Ilya) ingin menjadi penari terkenal.

"Saya tukarkan bahagian itu bagi menyesuaikan dengan masyarakat India yang begitu meminati dunia tarian. Malah, di Malaysia, masyarakat India kurang berminat untuk berlakon. Selain pelakon dan dialog, saya fikir itulah perubahan paling ketara dalam Appalam berbanding Papadom. Bagaimanapun, jalan ceritanya tetap sama.

"Cabaran saya dalam Appalam ialah saya perlu sedikit sebanyak belajar Bahasa Tamil. Bagaimanapun saya bernasib baik kerana mempunyai penasihat bahasa untuk memudahkan kerja saya. Apa yang saya tumpukan ialah emosi watak-watak yang dilakonkan sama seperti Papadom.

Menerusi filem Papadom, watak Saadom telah dibintangi oleh Afdlin Shauki, manakala watak Miasara pula dibawakan oleh Liyana Jasmay.

Namun dalam Appalam, watak Saadom iaitu Appalasamy dijayakanoleh Gana Pragasam A/L Sebastian, manakala watak Maisara sebagai Shruti pula dilakonkan oleh Raja Ilya.

Sebagaimana  Papadom, Appalam mengisahkan Appalasamy yang begitu mengambil berat tentang anak perempuannya, Shruti. Biarpun Shruti telah pun melanjutkan pengajian di peringkat pengajian tinggi, Appalasamy tetap mengekori dan mengawasinya bagi memastikan dia selamat.

Selain Sharifah Amani dan Shashi, antara nama-nama lain yang turut  membintangi Appalam adalah h Jaclyn Victor (Nalaini), Haanii Shivraj (Jasmine), Afdlin Shauki (Hassan) serta  Sathia (Mr. Prakash).

Afdlin turut menjelaskan filem ini dibuat berdasarkan permintaan dari pihak atasan Astro kerana merasakanPapadom berpotensi tinggi untuk menarik penonton pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Appalam yang kini sedang dalam pembikinan dijadualkan akan menemui penonton pada September tahun ini. Proses penggambarannya telah pun siap sebanyak 50 peratus.

Filem yang dikatakan agak muzikal ini turut diwarnai 4 lagu Tamil hasil ciptaan komposer berpengalaman R. Lawrence. Lagu tersebut iaitu Thanai Vanthe, Booty Slap, Nee Thaney dan Arumbuan.   



Sumber : Murai

4 Comments
Tweets
Comments

4 Comments:

  1. owh...
    berlakon rupanya...

    ReplyDelete
  2. Dorang berlakon dekat ngn k6 ngn kc..sempat gak usha Afdlin Shauki..hahaha

    ReplyDelete
  3. solomolo: a'ah belakon je..
    intan : amboi usha afdlin hehe

    ReplyDelete
  4. belakon ke.. igt sungguh.. lol :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...