Entry terbaru

Pembuangan Bayi Paling Kejam!!


SANGAT KEJAM : Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara jam 12 tengah malam kelmarin. Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak.

KPD Sentul, ACP Zakaria Pagan, berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dicampak dari tempat tinggi iaitu pangsapuri berhampiran berdasarkan kecederaan parah pada kepalanya. Turut ditemui beg plastik yang mengandungi uri di sebelah mayat bayi malang itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diseru agar segera melaporkannya kepada pihak polis supaya mereka yang bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.

Sumber : Akhbar Harian Metro

1 Comments
Tweets
Comments

1 Comments:

  1. Mnusia da jd sgt jaat dan sgt jahat!!!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...