Entry terbaru

Khairul Fahmi umum Putus Tunang..


KENYATAAN KF
Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.


Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.


Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.


Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.


Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.


Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Sumber :Harian Metro

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

16 Comments
Tweets
Comments

16 Comments:

  1. Lar..da putus pulak kew? ish3~

    ReplyDelete
  2. err, dah ptus dah? xpela, pape pn, just doakan yg t'baek utk dyeorang.

    ReplyDelete
  3. Kita merancang...Allah yang tentukannya....

    ReplyDelete
  4. mungkin Allah telah tentukan apa yg terbaek utk seseorg..kalo ade jodoh x ke mana kn....

    ReplyDelete
  5. wahh..ramai buat entry hot pasal nie..

    ReplyDelete
  6. pelik je nak putus putus pulak . -.-

    ReplyDelete
  7. kecian... tak pe, kita doakan klau mereka ada jodoh, mreka kembali bersama, klau mereka x ada jodoh, smoga msing2 happy.. AMIN!

    ReplyDelete
  8. sedih nyew....
    xpe2..klau da jdoh x kmane..
    insyaallah..
    :)

    ReplyDelete
  9. kesian..simpati dengan kedua2nya..

    papepon sentiasa beringat..=)

    ReplyDelete
  10. lor dah ptus!!
    x de jodoh kot..
    byak sngat komitmen kna bg :)

    ReplyDelete
  11. huhu jodoh pertemuan di tangann Tuhan ,

    ReplyDelete
  12. redha je la. tu la, zaman bertunang ni banyak sangat dugaannya. haih. takut pula nak tunang. erk, ok jauh pula komen. haha :D kepada pasangan tersebut, kalau ada jodoh tak ke mana :)

    ReplyDelete
  13. mungkin bukan jodah mereka..
    apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat mereka :)

    ReplyDelete
  14. dah xde jodoh nak buat mcm manakan? Redha ajelah... Dugaan masa bertunang mmg kuat.. Kalo kita x mampu nak hadapi beginilah jadinya.. Kalo dugaan masa bertunang pun dah x mampu nak hadapi bagaimana plak nak hadapi dugaan di alam perkahwinan?? Lg byk cabaran & dugaannya...

    jadikanlah ia iktibar utk semua.

    ReplyDelete
  15. meh tunang dgn syuzi jo lah... ekekeke

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...