Entry terbaru

Lingkup Selangor fc tewas di Ipoh

Arggghhhh tensionnye tgk Selangor vs Perak tadi! nasib baik tengok dalam tv je, kalau pergi stadium mesti lagi hampa..HAMPEH!!! Apa kena dgn Selangor ni? Tadi agak teruk jugak lah, main macam kurang persefahaman satu, pastu tahan bola selalu terlepas, sering buat kesilapan yg tak patut berlaku..aduh, kan hampir semua pemain senior..apa kena lah dgn lu org ni bro...aiya!! sekarang ni dah tinggal jauh dgn Kelantan(telah menang dgn Sabah ) Tahun ni untuk Selangor, Apa pun tak boleh!! Fuh, sorry agak emo sikit ni..mana tak nyerr duduk 90 minit depan tv sambil makan kuaci tengok game tu, tapi kesudahannya 0-0.. 



Izinkan hamba kritik sikit boleh? arh lantak lah, tadi Amri Yahya tak perform sgt lah, mcm longgar je lutut tu..lepas tu ada yg tak kena dengan bahagian penyerang sebab finishing tarak!! Tak kan nak harapkan Amirul je kot, mentang2 dia main team Malaysia...Syafiq Rahim pun tak perform, selalu tembak xkena tadi..

Tapi nak puji gak, penjaga gol penyelamat lah tadi, kalau tak kalah Selangor..dia dah selamatkan freekick yg tepat ke gawang..Tahniah!! dan juga kepada Ahchong, walaupun baru baik dari cedera, tapi mengawal bahagian pertahanan dgn cukup baik! Tahun ni Selangor kurang menyerlah, kenapa game tadi tu mcm tu ek?Kita berfikiran positif la kay, mungkin juga disebabkan baru lepas game dengan Taiwan haritu, pemain Selangor kan ada yg main untuk team Malaysia, mungkin dorg xcukup training dgn team Selangor ni..lepastu keadaan pandang yg agak licin, macam katun tahu tak jatuh sana tergolek sini..Aduh, make up lah sikit padang tu oiii!!

2 Comments
Tweets
Comments

2 Comments:

  1. perak tetap hebat hebat!!!!
    hohohohoho

    ReplyDelete
  2. ye, tak dinafikan malam td Perak nampak hebat! hehe tp tangga ke brape tu?hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...