Entry terbaru

Rakyat Malaysia tidak Patriotik..




KETUA jurulatih negara, Datuk K Rajagobal menggesa peminat tempatan mempamerkan semangat patriotik apabila hadir menyaksikan perlawanan persahabatan Harimau Malaya menentang Liverpool petang ini.
Pengendali yang menjulang Piala AFF 2010 dan pingat emas Sukan Sea 2009 itu jelas kurang senang dengan suasana ‘Gelombang Merah’ yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil ketika menentang Arsenal pada Rabu lalu.
“Saya mengharapkan mereka akan lebih patriotik kali ini. Saya menasihatkan mereka untuk memakai jersi biru (jersi kedua Malaysia) namun saya tidak melarang mereka untuk menyokong kelab luar.
“Saya tidak faham dalam keadaan genting seperti ini kenapa mereka tidak menyokong skuad negara. Mereka perlu berfikir dengan bijak untuk membandingkan pasukan mana yang lebih penting untuk disokong,” katanya.
Dalam temubual K. Rajagobal bersama TV3, beliau menyatakan penyokong2 yang tidak memakai baju biru dilabelkan sebagai tidak patriotik yakni tidak mencintai negara.


Safee pula mengulas dilaman sosial FBnya, mengajak semua peminat menyokong pasukan kebangsaan dengan datang ke Stadium memakai baju biru juga.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Diatas merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka selepas perlawanan Malaysia vs Arsenal tempoh hari. Kenyataan ini telah menyebabkan wujudnya kontroversi dalam arena bola sepak tanah air kerana mendatangkan kemarahan para peminat. Aku insan yang kerdil ini berpendapat peminat tidak sepatutnya meletakkan kesalahan 100% pada Raja Gopal dan Safee Sali, mereka yang turun padang untuk berjuang bukan korang, so korang tak tahu apa pemain dan coach ni rasa.

Masing-masing ada alasan tersendiri. Buat apa kita nak kecoh2 lagi? Org "kita" memang selalu macam ni..*kesal* bukan kerana korang pakai jersi merah, tapi kerana sikap korang! Hentikan benda ni semua. Stop tomahan, caci maki korang kat Facebook, Twitter dan Blog.. Yang penting kita terus menyokong pasukan Malaysia ok? Chill laaa..sukan untuk menyatukan bukan perpecahan..

10 Comments
Tweets
Comments

10 Comments:

  1. ermm macam2 hal pulak skang ni..

    ReplyDelete
  2. betul tu bro.. rakyat M'sia mmg tak patriotik! errr... agak2 nnt sis kena banned x? hahahahaha

    ReplyDelete
  3. freaky: duniatidak lari dr kontroversi..huhu

    QT: haha, sis bakal kena banned dgn ultras!! :o

    ReplyDelete
  4. errrrr... mmg nyata pun kan? hikhikhik

    ReplyDelete
  5. hmm..besarkan sangat omputih tu..bukan dapat ape pon..hampeh.hihi..=)

    ReplyDelete
  6. agaklah.kesian pemain Malaysia. main kat tempat sendiri tapi banyak yang sokong luar pulak. penat je diorang nak harumkan nama Malaysia. tp rakyat Malaysia lain tak sama-sama nak tolong.

    Kenapa Kasut Tumit Tinggi Menjadi Pilihan Hati Wanita
    7 Sebab Kenapa Girls Suka Pakai Skirt

    ReplyDelete
  7. ntahlah.. tak tau nak kata pe.. kb baca je la.. :)

    ReplyDelete
  8. huhu..mmg pon..pelik gak tngok rkyat mlaysia nih..skong mlaysia tp pkai baju laen..isk3
    kekeliruan identiti kot..haha

    ReplyDelete
  9. wuhuu....x nk komen.... blur2....ha2

    ReplyDelete
  10. patriotik terletak pada pakaian ye aisshhh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...