Entry terbaru

Rindukan kucing-kucing Parsi





Entah kenapa secara tiba-tiba aku rasa sangat rindu pada kucing-kucing yang pernah aku bela dulu.. Dulu hampir 10 tahun lepas, rumah aku dipenuhi kucing-kucing parsi yang pelbagai warna.. ada warna oren, putih, belang dan mix..ala2 pan asian haha.. aku bela kucing-kucing tu sampai generasi kedua mereka.. kenangan yang tak boleh dilupakan..bangun awal pagi untuk beri mereka makan..kadang-kadang hujan lebat tengah malam, dengar suara mereka merayu-rayu minta diselimutkan...

Si oren ada kehebatan mengejar bola pingpong..ceruk mana pun bola tu pergi dia akan ikut..si oren ibu kepada 2 ekor kucing, seekor nama Mina(betina) seekor lagi nama Eworx(jantan)...Eworx sebiji macam dalam gambar yang warna purple tu..Mina yg atas sekali tu..tapi eworx lagi smart, warna bulunya telah membuatkan dia kelihatan seperti memakai topeng hitam dan berkasut hitam..sangat segak..mina pula putih tidak bergincu hehe...


Hasil perkongsian hidup, mereka telah melahirkan 3 lagi ekor anak 2 yg putih gebu dan seekor warna kelabu..semua kucing berbulu lebat. Adakalanya seekor dari mereka yang mengejutkan tuan rumah dari tidur..sedih pula nak cerita banyak-banyak..

Tapi sekarang semuanya dah tidak ada lagi..mana taknya, semua orang datang rumah minta-minta, ada yang nak beli plak tu! tapi saudara mara punya pasal, mereka dapat free..mereka terpaksa dipisahkan, oren menghilangkan diri..ibu kata itu tanda kucing nak mati, tapi dia tak nak mati dekat rumah tuannya..yg sedihnya aku dapat tahu, tuan2 baru mereka semua nak tak nak bela mereka, dan mereka telah menghilangkan diri..merajuk lah tu..

Kini aku  nak bela kucing semula..rindu pula nak lihat telatah kucing lompat2 terkam kita :)


p/s: sayanglah haiwan peliharaan anda..mereka juga makhluk tuhan yang perlu dikasihani dan dilindungi...

6 Comments
Tweets
Comments

6 Comments:

  1. Seronoknya dapat bela kucen. nak pulak kucen Parsi. Dorang ni dahla manja, gebu, comel.

    ReplyDelete
  2. lama dah saya tak bela kucing ne...huhu

    ReplyDelete
  3. Belalah selagi belum kawin. Kot2 bakal bini tak suka kucing ke? :P

    ReplyDelete
  4. NJ: mmg manja,tu yg teruja nk bela lg hehe..

    muz: rindu jugak ke?haha

    cikyn: insyaAllah boleh.. :)

    ReplyDelete
  5. kucing parsi memang sepisis yang manja. macam kucing saya, toteen. comel sangat. lepas ni adik si toteen ni lah pulak.

    ReplyDelete
  6. Saya tengah cari kucing yg comel tu... kat ne bleh dpt n berapa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...