Entry terbaru

Suami Isteri dan ...?



Salam pagi semua, aku buat entry ni kul 3.55pagi lepas layan cerita tajuk diatas dilaman Youtube yang sudah dinaiktaraf haha.. Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal youtube or mytube, aku nak story sikit pasal cerita Suami Isteri dan ....filem ini merupakan salah sebuah cerita komedi sensasi pada pertengahan tahun 90an.. mungkin remaja zaman tidak ramai yang tahu tentang filem ini ataupun mungkin juga ada yang lupa.


Sinopsis filem ni : 
Kebahagiaan rumahtangga Fatah dan Salmah yang dibina atas dasar cinta pandang pertama, akhirnya runtuh apabila timbul salah faham antara mereka setelah Fatah membantu Jamilah mendapatkan tuntutan insuran berikutan kematian suaminya. Lima tahun kemudian, mereka bertemu semula dan terperanjat setelah mengetahui bahawa mereka bertugas di pejabat yang sama di mana Fatah sebagai ketuanya. Pada suatu hari, Salmah telah cuba digoda oleh seorang lelaki buaya yang satu pejabat dengannya. Oleh kerana kecewa apabila hasratnya tidak berbalas, lelaki itu telah membuat fitnah kononnya dia telah menodai Salmah. Perkara tersebut membuatkan seluruh pejabat menjadi kecoh. Salmah yang pasrah dengan apa yang terjadi mulai insaf dan menyesali perbuatannya terhadap Fatah sehingga menyebabkan mereka berpisah dahulu. Akhirnya Salmah membuat keputusan untuk kembali kepada suaminya...


Gambar ni masa Fatah nak pergi kerja outstation dan terpaksa meninggalkan Salmah..hehe ini salah satu babak yang aku suka, Salmah dengan manjanya mencium pipi Fatah!! :) korang yang belum pernah tengok cerita patut tengok sebab sangat sweet!

Filem ini aku rasa pasti telah mengubah persepsi penonton terhadap perempuan yang jenis panas baran dan terlalu ego! Dalam filem ini menunjukkan perempuan seperti itu boleh menjadi selembut-lembutnya...manakala lelaki yag lurus bendul tidak sentiasa menjadi mangsa keadaan..Kalau nak senaraikan pengajaran dalam filem ni memang terlalu banyak, namum penerimaan orang berbeza-beza..terpulang kepada individu yang menonton.

Cerita ni sangat bermain dengan emosi aku!!! haha..Ye memang cerita komedi, tapi komedi juga merupakan salah satu emosi positif. Lakonan Rosyam Nor dan Lydiawati yang mantap harus dipuji. Aku rindu pada Lydiawat, cewah! tak de kena mengena..haha..

Diawal cerita korang akan tergelak kukukikikeke sebab awal-awal tu sangat kelakar,dan untuk pengetahuan semua, ayat "sindrik mau ingat" berasal dalam filem ni, kalau tak percaya cuba tengok! hehe Bila part sedih, memang sedih betul, bila part kelakar memang kelakar betul.. Aku nak puji pengarah cite ni, PASHA..aku rasa dia sangat kretif! Thanks Pasha sebab hasilkan filem yang aku tak muak tengok walaupun 20 tahun lagi... Kalau cerita banyak jadi tak best lah...korang kalau nak tengok boleh ke tonton disini...MULAKAN PART 1


p/s: orang lain semua sibuk review cite transformer,aku review cite ni! haha lantak lah aku sokong cerita melayu!!

10 Comments
Tweets
Comments

10 Comments:

  1. same lah, suke jugak cite ni, mcm sweet2 je kan, tgk x jemu, ahaks, cite melayu dulu2 jgk yg best, anak dorg tu sebijik ikut muke rosyam, kelaka giler kot, haha

    ReplyDelete
  2. haha..cite ni..lawak gak..anak dia yang lelaki tu pon dah besar dah sekarang..dah jadi penyanyi pon kan.

    ReplyDelete
  3. haha pernah tengok cter ni coz anak dia pon same pesen dengan bapak dia.

    ReplyDelete
  4. hye blogger upm! :) eh! mia suke jgk cte nie..pnah je tgk kt tb!haha.lawak..

    ReplyDelete
  5. filem ni pun saya suka dulu. budak kecik dlm filem tu pun dah besar. walau kecik2 dia byk berlakon tp dh besar jd penyanyi lak & tak berlakon lg. watak dia dlm filem ni budak lelaki walhal dia budak perempuan

    ReplyDelete
  6. boleh jer nak isi.... segmen tu sentiasa open :)

    ReplyDelete
  7. ingat2 lupa dah citer ni..masa tu skolah rendah lagi..

    ReplyDelete
  8. Penah gak tgk cite ni. Kelakar. Anak dia petah metoi, Kalau tak silap yg jadi anak dia dalam cite ni Erna Elyana Rosly kan?

    Neway, thanx eh singgah & follow blog saya. :)

    ReplyDelete
  9. serius saya pon suka gila citer nih.. memang sangat beremosi.. tapi suami dia sweet sangat... huhu... lama tak tengok citer nih.. dulu tengok kat tape... sekarang kena cari cd plak.... nak donload ja la nanti..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...