Entry terbaru

Suka Tengok Porno?

Hari ini aku terpanggil untuk memcoret(bukan mencarut) dalam blog ni bagi meluahkan isi hati yang telah lama membeku.. Dunia hari ini sudah maju, dalam arus pemodenan ini, pembangunan sahsiah tidak patut dilupakan. Disini kita melihat dimana usaha dan tugas kerajaan dalam membendung aktiviti yang tidak sihat menular di kalangan anak muda kita. Aku bukan nak salahkan atau nak tibai kerajaan. Aku tidak stereotaip ok. Kerajaan yang aku maksudkan ialah kedua-dua kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Hari ini setiap hari bila kita baca paper,pastikan ada kes rogol dan bunuh, paling tidak pun kes cabul. Itu pasti ada. Yang lebih menjijikan bapa rogol anak, cucu rogol nenek, ayah tiri rogol anak dan datuk rogol cucu. Apakejadah semuanya ni?Yang lebih menyedihkan ialah apabila orang yang sepatutnya memberi perlindungan membuat perkara yang tidak baik pada mangsa dan mereka sendiri yang menggelapkan masa depan anak-anak sendiri. 


Pernah kita terfikir apa sebenarnya punca semuanya ini?Kita boleh kaitkan dengan banyak faktor, tapi hari ini aku nak carutkan pasal laman web porno yang bersepah di internet. Persoalannya, mengapa laman-laman ini semua tidak disekat?Kini anak-anak kita mampu mengakses internet dengan mudah. Ibu bapa pula sibuk bekerja dan aktiviti anak bersama komputer dianggap satu perkara yang sentiasa positif tanpa lupa mereka sedang meningkat remaja dan suka mencuba-cuba.... Aku sangat geram bila tiap-tiap hari aku baca paper, ada je kes yang menyayat hati. Yang terbaru ni kes adik Ayu yang dikerat lepastu kepala hilang, bapa rogol anak yang cacat penglihatan sehingga hamil 7 bulan, bapa bersekedudukan dgn anak seperti suami isteri. Ini belum kira pasal kes terlanjur lagi. Ya Allah, apa nak jadi dengan dunia sekarang.

Statistik mencatatkan kes remaja mangsa kes rogol tertinggi. Tahun lepas sebanyak 200 kes rogol direkodkan dan 139 atau 70% darinya ialah melibatkan remaja. Ini statistik dekat daerah kuching je tau! Keseluruhan Malaysia? cari sendiri ye :)...

Apa kata sebagai langkah awal kerajaan block semua laman web porno ni dan filem2 lucah yang dijual dipasaran.Yelah, memang kesalahan itu berpunca pada individu itu sendiri, tapi mengapa tidak kita cuba mengurangkannya?Cukuplah pak menteri2 gaduh pasal politik, rakyat pula derita dek kerana benda ni. Sorry panjang pula entry ini.. thanks membaca.


p/s: ini adalah pendapat dan pemikiran aku, namun cadangan dan pendapat dari korang sangat dialu-alukan :) tonton Aksi Remaja Ghairah....

6 Comments
Tweets
Comments

6 Comments:

  1. Betul3.. skunk lelaki ke, perempuan ke, sama je... semua terpengaruh ngan menda2 alah ni !!! grrrrr...ada penyelesaian..tapi menda ni sume orang anggap perkara biasa...jadi, semua orang dah tak amik kesah..tu masalahnya..

    ReplyDelete
  2. tula...aigoo..x larat nk megucap dh dok tgk cite HOt leni...aiyooo

    ReplyDelete
  3. sekarang cita melayu pn dh ada sikit unsur2 porno..

    ReplyDelete
  4. ish3...takut betul dengan dunia zaman skrg...

    ade juga kes2 terpencil mcm perempuan rogol lelaki...

    memang kene hati2...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...