Entry terbaru

Wardina tidak bersalah!


Ni lagi satu selebriti yg menjadi mangsa keadaan. Tak tahu kat mana silapnya, tapi beliau telah dikaitkan dengan parti politik pembangkang. Beliau juga dituduh terlibat sama dalam agenda perhimpunan haram BERSIH 2.00 pada 9 Julai nanti. 

Ceritanya begini, beliau telah dijemput untuk memberi motivasi keibubapaan sempena Karnival Mesra Rakyat 26 Jun lalu. Pihak penganjur juga tidak memaklumkan kepada beliau secara terperinci. Beliau juga tidak tahu bahawa Azmin Ali akan turut hadir pada majlis itu.

Yang peliknya, Wardina hanya beri ceramah 10minit sahaja sebelum dipotong pihak penganjur. Selepas menerima cenderamata sebagai tanda penghargaan, Wardina segera meninggalkan tempat tersebut.

Kini, ramai yang mengkritik beliau di laman sosial seperti di twitter, blog dan facebook. Beliau sangat terkilan dengan apa yang telah jadi dan perkara ini sangat mengganggu emosinya. Wardina telah mengambil cuti 2 bulan daripada pengacaraan kerana tidak seceria dulu, tempias dari insiden ini.

p/s: penulis blog terbabit diberi masa 14 hari utk mengeluarkan artikel serta gambar fitnah Wardina. Jika enggan, pihaknya akan menyaman pemilik blog terbabit.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...