Entry terbaru

Artis Tercalon dalam Anugerah Anjuran Syarikat Arak



Mengikut info yang diperolehi oleh Ohbulan, 2 orang artis wanita telah dicalonkan dalam pencarian "100 Most Wanted Women In The World 2011" yang dianjurkan oleh salah sebuah syarikat arak sebagai penaja utama. Artis yang dicalonkan itu ialah Lisa Surihani dan Juliana Evans.


Persoalannya, bagaimana kriteria pemilihan calon dibuat? Jika anugerah ini tidak terlibatkan syarikat arak sebagai penaja, memang tidak ada salahnya 2 artis yang comel loteh ni tercalon. Memang mereka layak.

Tetapi untuk kes ini, adakah syarikat arak ini tidak membuat kaji selidik tentang latar belakang calon?maksudnya dari segi agama (paling penting). Disini kita boleh klasifikasikan syarikat ini tidak menghormati agama Islam. Malah anugerah ini memerlukan komitmen daripada peminat melalui voting systems.

Masyarakat Islam tahu sebarang urusan yang melibatkan arak adalah haram.

"Dari Annas bin Malik katanya : Bahawasanya Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat sepuluh golongan yang berkaitan dengan arak iaitu : Yang memerahnya, yang minta diperahkannya, yang meminumnya, yang membawanya dan minta dibawa kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya dan yang minta dibelikan".

(Riwayat Al-Imam At-Termidzi)

Mungkin kedua-dua mereka belum dimaklumkan tentang pencalonan tersebut. Dinasihatkan agar Lisa Surihani dan Juliana Evans membuat sesuatu dengan segera mengenai perkara ini.





17 Comments
Tweets
Comments

17 Comments:

  1. mcm mana boleh jd cmtu??
    ohh tidakkk..jgn babitkan Lisa Surihani huhu

    ReplyDelete
  2. maybe depa taktau lagi pasal ni kot

    ReplyDelete
  3. ushhh.. ade2 je taktik dorg nak tarik org islam teguk arak dorang ni kan.. ade sesuatu yg tersembunyi sebenarnya...

    ReplyDelete
  4. err. mcm mana boleh tercalon plak?

    ReplyDelete
  5. huih macam manalah lisa boleh tercalon eh.. pelik2. tapi serious dorang ni semua hot2. kalau sy laki kompem dh lama try mengayat.. hehe

    ReplyDelete
  6. lisa memang. gua dah ckp hari tu. ish

    ReplyDelete
  7. best entry.. moga2 artis berkenaan sedar akan perkara ini :)

    ReplyDelete
  8. betul tu.. harap mereka menolak atau buat sesuatu tentang hal nih...

    ReplyDelete
  9. Salam,apa2 pun nak ucap selamat hari raya..kat Im..

    Tanda2 akhir zaman semakin ketara..org sibuk nak jadi artis pun salah satu tanda2 nak kiamat...

    ReplyDelete
  10. betul tu iMBobo... hope diorg reject la pencalonan nikan...

    p/s: Selamat hari Raya dr sis.

    ReplyDelete
  11. rasanya mereka takkan terlibat kalau ade kaitan dengan arak. mcm2 ye dunia sekarang ni.

    ReplyDelete
  12. I really like your web site.. really wonderful hues & theme. Did you create this internet site yourself? Plz reply back again as I’m looking to create my own website and would like to know wheere u acquired this from. many thanks

    ReplyDelete
  13. actually i got this template from this website

    http://bloggertemplateplace.com

    but, i have made some changes and edit for uses..do you have a blog?

    ReplyDelete
  14. aku rasa dorang pun tak tau mereka tercalon..

    ReplyDelete
  15. Tak boleh jadi mcm ni...dia orang tak tahu tu...tp so far muke dia orng tak nampak lagi di poster arak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...