Entry terbaru

Bersangka Baik Sesama Manusia


(gambar hiasan)

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu


Ucapkan dalam hatimu :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".


Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang cerdik sungguh., maka katakanlah (dalam hatimu) :"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia cerdik sungguh. (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak  juga akan terjaga. InsyaALLAH

Sumber: Halaqah.net

21 Comments
Tweets
Comments

21 Comments:

  1. ahha, bersangka baik kepada semua orang..

    ReplyDelete
  2. akan try my best. perlu ada kekuatan untuk pikirkan yang positif dalam hidup. kan?

    ReplyDelete
  3. Chempaka Sari: betul tu, sama2 kita cuba :)

    ReplyDelete
  4. interesting sgt,the fear of God is the beginning of wisdom..

    ReplyDelete
  5. selalulah mendengar perkara yg baik2... pasti dapat merawat hati dari bersangka buruk pd insan lain...

    ReplyDelete
  6. betul-betul..
    sentiasa pikir positif dalam hidup ni

    ReplyDelete
  7. harus bersangke baik..
    cuma kdg2 perlu jugak ada sikit curiga..hehe

    ReplyDelete
  8. betul tu..tak baik ada perasaan syak wasangka ni..sentiasa la bersangka baik..(^^,)

    ReplyDelete
  9. husnudzon. thanks for sharing. like terutamanya husnudzon pada org kafir tu. :)

    ReplyDelete
  10. waaa 0_0 thanks share.new things for me =)

    ReplyDelete
  11. yeah, think positif! tp kadang2 tu ade gak pike negatif ni..huhu

    ReplyDelete
  12. perkongsian yg baik ni bobo..thanks :)

    makanya, kita kena sentiasa berprasangka baik :)

    ReplyDelete
  13. thx bro!

    selalu lah bersangke baikk...

    ReplyDelete
  14. betul tu.. marilah kita sering bersangka baik... sebab bersangka baik juga dapat menghindari kita menjadi riak..:)

    ReplyDelete
  15. sama sama kita beriingat..:)

    ReplyDelete
  16. husnus Zhon lebih indah dr su'u zhon kan cik bobo..hehe..tp husnus zhon tu pun berpada jgn sampai kte yg kene tipu...huhu..ade pglamanan nie..

    ReplyDelete
  17. bagus,,memang kalau kita bersangka baik kat semua orang,,kita tak sombong pon..

    tp mcm dah merendah diri sgt2 pulak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...