Entry terbaru

Jom Bersahur



Ramai di kalangan kita yang suka mengabaikan amalan bersahur di bulan Ramadhan. Mungkin kita menganggap bersahur itu semata-mata untuk mengelakkan kita dari terlalu letih pada siangnya. Namun bersahur sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam sabdanya;
تَسَحَّرُوْا، فَإِنَّ السُّحُوْرَ بَرَكَةٌ


“Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada barakah”.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.)
Pahala bersahur diperolehi dengan semata-mata makan atau minum walaupun seteguk air. Sabda Rasulullah;
تَسَحَّرُوْا وَلَوْ بِجُرْعَةِ مَاْءٍ


“Bersahurlah walaupun dengan seteguk air”.
(Riwayat Ibnu Hibban dan Abu Ya’la dari Anas r.a.)
Waktu bersahur bermula apabila sudah masuk tengah malam. Walau bagaimanapun disunatkan melambatkan sahur yakni sebelum terbitnya fajar. Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w.;
لاَ تَزَاْلُ أُمَّتِيْ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الإِفْطَارَ وَأَخَّرُوْا السُّحُوْرَ


“Senantiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur”.
(Riwayat Imam Ahmad dari Abu Zarr r.a.)

12 Comments
Tweets
Comments

12 Comments:

  1. haaa
    tgk..banyak sunnah soh sahor an..jom sahoorr!

    ReplyDelete
  2. tunggu imsak baru sahur, ye dak? :p

    ReplyDelete
  3. malam2 tido awl xdela liat nak bangun sahur kn..:)

    ReplyDelete
  4. Pg2 mmg taley mknla imbobo..

    ReplyDelete
  5. mmg byk kelebihan..kautlah sbyk mungkin pahala dlm bulan ramadhan :)

    ReplyDelete
  6. errr... pg td sis x bagun sahur pun.. hahaha terlajak.. sedar2 dah azan subuh... errrmmmm

    ReplyDelete
  7. Bangun sahur pun dapat pahala....

    Mai join bloglist saya..

    http://rossmerahjingga.blogspot.com/2011/08/saya-mau-join-bloglist-cik-ross.html

    ReplyDelete
  8. kadang-kadang bukan taku ngantuk di sian hari,,tp dah lena diulit mimpi,,tu malas nak bangu..hehe

    Alhamdulillah setakat ni tak miss lagi..=)

    ReplyDelete
  9. kalo Yana sahur 2 kali taw.. jam 12 ngn jal 3lebih.haha.. cool ea.. ngeh

    ReplyDelete
  10. heheh . tadi Tia lambat mangun sahur . teguk ayo je .. heheh :D

    ReplyDelete
  11. melambatkan sahur. tapi jangan sampai terbabas sahur ye, heee.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...