Entry terbaru

Memberi Sedekah



Anas r.a. menceritakan; Seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya Rasulullah! Apakah sedekah yang paling afdhal?’. Jawab Rasulullah s.a.w.;
الصَّدَقَةُ في رمضَانَ
“Sedekah pada bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)
Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang menceritakan;
كَاْنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاْسِ، وَأَجْوَدُ مَاْ يَكُوْنُ فِي رَمَضَاْنَ، حِيْنَ يَلْقَاْهُ جِبْرِيْلُ، وَكَاْنَ جِبْرِيْلُ عليه السلام يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ، فَلَرَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيْحِ الْمُرْسَلَةِ
“Rasulullah s.a.w. merupakan manusia yang paling pemurah. Baginda menjadi lebih pemurah lagi pada bulan Ramadhan tatkala Jibril datang kepada baginda. Jibril datang kepada baginda pada setiap malam di bulan Ramadhan untuk bertadarus al-Quran dengan baginda. Sesungguhnya Rasulullah lebih pemurah dari angin lepas (*yakni angin yang bertiup tanpa sekatan/halangan)”.

Berkata Imam al-Mawardi; “Disunatkan kepada seorang lelaki melapangkan ahli-ahli rumahnya (*yakni melebihkan belanja kepada mereka dan sebagainya) pada bulan Ramadhan dan melakukan kebaikan kepada kaum kerabatnya dan jiran-jirannya terutama pada sepuluh hari terakhir darinya”. (al-Majmu’, Imam Nawawi, jil. 6, halaman 398)

11 Comments
Tweets
Comments

11 Comments:

  1. Sedekah amalan yang mulia :)

    ReplyDelete
  2. yeah. mari sama-sama bersedekah banyak-banyak bulan Ramadhan ni. senyum pon sedekahkan? hehe. saya nak sedekah ni. :)

    ReplyDelete
  3. yeah. mari sama-sama bersedekah banyak-banyak bulan Ramadhan ni. senyum pon sedekahkan? hehe. saya nak sedekah ni. :)

    ReplyDelete
  4. Bersedekahlah.. :)

    kalo lam blog..klik2 la iklan tue..hehe

    ReplyDelete
  5. kalau sedekah doodle, sdekah header, sdekah tenaga edit belog.. pon kire sdekah ek?:D

    ReplyDelete
  6. sedekah membersihkan jiwa :)

    ReplyDelete
  7. memberi senyuman pun sedekah juga kan? hhehehe

    ReplyDelete
  8. ha..senyum pon satu sedekah..itu je yang aku boleh buat setakat ni..

    p/s:kalau hari biasa sedekah seringgit..bulan ramdhan ni up jadi 10 hengget.=)

    ReplyDelete
  9. sedekah memang amalan yang mulia. the more u give the more u get. am i rite?

    ReplyDelete
  10. YE BETUL TU...setiap thn saya akn jamu dgn masakkan saya,keluaga sebelah saya,dan keluarga sebelah suami..Alhamdulillah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...