Entry terbaru

Mencari malam Lailatul Qadar



Firman Allah menjelaskan kelebihan malam al-Qadar (lailatul-Qadar);
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ


“Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan”. (al-Qadar: 3)
Menurut kebanyakan ahli Tafsir, ayat ini memberi pengertian kepada kita bahawa beramal pada malam al-Qadar atau lailatul-Qadar lebih baik dari beramal selama 1000 bulan yang tidak ada lailatul-Qadar (malam al-Qadar) di dalamnya.
(Rujuk: al-Asas fi at-tafsir, Said Hawa, surah al-Qadr)
Sabda Rasulullah s.a.w.;
من قَامَ لَيلَةَ القَدرِ إِيماناً واحتِسَاباً غُفِرَ لَهُ ما تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِِهِ

“Sesiapa bangun (untuk mengerjakan ibadah) pada malam al-Qadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan ganjaran dariNya, akan diampunkan dosanya yang lalu”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Menurut penjelasan beberapa hadis Rasulullah s.a.w., lailatul-Qadar ini terdapat di sepuluh malam terakhir Ramadhan iaitu pada malam-malam ganjil darinya. Kerana itulah, Rasulullah menggiatkan ibadahnya pada malam-malam tersebut termasuklah beriktikaf di masjid sebagaimana yang telah kita jelas tadi. Sabda baginda;
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.)

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ

“Carilah lailatul-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari)

Menurut ulama’, sekurang-kurangnya qiyam lailatil-Qadr (yakni bangun mengerjakan ibadah pada malam al-Qadar untuk mendapatkan kelebihannya) ialah dengan seseorang itu menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Subuh berjamaah. Ini kerana Rasulullah s.a.w. bersabda dalam satu hadisnya;
مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْل، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

“Sesiapa menunaikan solat Isyak berjamaah, maka ia seolah-olah bangun berqiyamullail separuh malam. Dan sesiapa menunaikan solat subuh berjamaah, maka ia seolah-olah bangun berqiyamullail keseluruhan malam”. (Riwayat Imam Muslim dari Ustman r.a.)

Namun demikian, yang paling sempurna ialah dengan memenuhi keseluruhan malam atau sebahagian besarnya dengan solat, bacaan al-Quran, zikir atau seumpamanya dari jenis-jenis ketaatan.
(Rujuk: at-Tajul Jami’ Lil-Ushul, Syeikh Manshur ‘Ali Nashif, jil. 2, hlm. 80)

21 Comments
Tweets
Comments

21 Comments:

  1. malam ni game panas jiran..haha

    ReplyDelete
  2. datang sini lagi sbb ezad skytech promote blog ni.. hee.. ^^

    ReplyDelete
  3. 10 malam terakhir ni la manusia sebok shopping raya...terlupa tentang malam lailatulqadar, malam rahmat...

    ReplyDelete
  4. the best part is lailatulqadar wujud time bulan berkat camni je :) thanks for sharing ayat-2 tuh semua .kebetulan tengah cari :)

    ReplyDelete
  5. byk kelebihan nye.. thnx 4 sharing.. :)

    ReplyDelete
  6. bermula malam ni..sama2 kita rebut kelebihan itu..thanks bobo share entri yg baik ni :)

    ReplyDelete
  7. ramadhan dah nak habes..
    semakin sikit hari yg banyak rahmat ramadhan...sama2 kita kejar :)

    ReplyDelete
  8. terima kasih berkongsi... semoga kita dapat mempertingkatkan amalan di bulan yang mulia ini...

    ReplyDelete
  9. subahannALLAH...begitu mulianya malam lailatulqadar..semoga kita beroleh keberkatan..

    ReplyDelete
  10. smoga kita dipandang oleh Tuhan kpd lailatul qadr. ameen.. :-)

    ReplyDelete
  11. ramai yg still ta sdar ttg keistimewaan mlm lailatul qadar neh :)

    ReplyDelete
  12. nak sangat dapat malam nie tapi belum mampu kot . -.-

    ReplyDelete
  13. insha Allah :) sama sama kita beribadat .

    ReplyDelete
  14. kita sering lupa pada keberkatan 10 malam terakhir tu huhu

    ReplyDelete
  15. kurangkan online ye bobo..:)

    ReplyDelete
  16. sama sama kita kejar malam ni..

    ReplyDelete
  17. fasa terakhir ramadhan dah datang..jom sama-sama mengejar malam lailatulqadar..=)

    ReplyDelete
  18. jom sama2 kita mencari malam lailatul Qadr!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...