Entry terbaru

Pemain Bola Sepak Malaysia dilamar kelab luar negara

Salam semua! pasti ramai yang dah tahu berita terbaru sukan bola sepak negara kan? Ada yang tak tahu ke? maklumat belum sampai kot ataupun korang memang tak minat bola haha...jom layan..

Safee Sali

Setelah perpindahannya ke pasukan Pelita Jaya, Indonesia tempoh hari, kini beliau dimaklumkan salah sebuah kelab di Jerman (Bundesliga) berminat untuk mendapatkan khidmat beliau selepas penilaian dibuat sewaktu Harimau Malaya menentang Singgapura tempoh hari. Namun tiada lagi sebarang pengesahan rasmi tentang perkara ini. Tapi aku memang harap sangat Safee Sali pergi. Kalau main di Bundesliga pasti lebih membanggakan rakyat Malaysia. Kita nantikan info selanjutnya. 


Syafiq Rahim
Kapten Harimau Malaya ini dijangka akan turut mengikut langkah Safee Sali untuk berhijrah ke Liga Indonesia musim depan. Persija Jakarta berminat untuk mengikat kontrak dengan Syafiq Rahim pada awal musim lagi, tapi tidak diteruskan kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Beliau dengan semangat menyatakan akan pergi sejurus tawaran keatas beliau dibuat. Tunggu info selanjutnya.


Amirul Hadi
Pemain lincah yang juga merupakan sayap Harimau Malaya ini juga dijangka akan ke Liga Indonesia pada awal musia depan. Persib Bandung merupakan pasukan yang berminat untuk  mengikat kontrak dengannya. Namun begitu, beliau juga didekati dengan salah sebuah kelab di Jepun. Apa-apa pun tiada sebarang pengesahan yang dibuat sehingga kini. Aku harap Amirul pergi Jepun, hehe biar je Syafiq bermain di Liga Indonesia. hehe


Badrol Bakhtiar
Khabar angin bertiup kencang menyatakan pemain Kedah ini akan ke EPL bersama kelab Wigan Athletic. Ini merupakan tawaran percubaan jangka masa pendek. Kelab Wigan melihat Badrol mempunyai keupayaan dalam mengawal bola. Sebelum ini Badrol pernah bersama Chelsea di Stamford Bridge untuk 2 minggu.
Wah, hebat betul Badrol ni, dalam diam bakal ke EPL.


34 Comments
Tweets
Comments

34 Comments:

  1. wuihh bangga jadi rakyat malaysia! *kembang idung sat

    ReplyDelete
  2. kenapa sumer ke indonesia...errr..bagos, usaha utk kejayaan yg cemerlang..

    ReplyDelete
  3. Habis kalau semua pergi siapa nak wakil malaysia pulak??

    ReplyDelete
  4. perkembangan yg baik buat pemain bola negara.dpt juga menimba pengalaman bermain di negara luar

    ReplyDelete
  5. wow..satu penghormatan untuk player kite...bagus2...eloklah drg pegi tuk pengalaman...

    ReplyDelete
  6. hero2 bola sepak nie..

    tu la..baik amirul hadi p jepun je..pluang lagi terbuka luas ;)

    ReplyDelete
  7. Go Malaysia !!! kami tetap bersama mu.

    ReplyDelete
  8. hebat lah pemain bola kita~
    semoga mereka terus membanggakan dan mengharumkan nama malaysia~

    ReplyDelete
  9. syuzi suke safee sali, sbb die mgm hebat.. ehhh si 'apek' tu tak kene lamar dengan mane2 kelab ker?

    ReplyDelete
  10. Top 3 is pemain SELANGOR... :)

    ReplyDelete
  11. perghh... malaysia sudah mnunjukn taringg..=)

    sy syg awak?
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/kasih-sayang.html

    ReplyDelete
  12. All the best pada mereka kalau berita yang di sampaikan benar berlau..

    ReplyDelete
  13. wahh..meletup pemain malaysia now ni..

    ReplyDelete
  14. amirul hadi..awwwwww..pegi jepun je la sbb dia pun dh ala2 jepun dh tuu hehe

    ReplyDelete
  15. Wah terbaek la. player Malaysia sudah mula disunting kelab2 luar.hehhe.

    Cara Pantas Setel Masalah!!!

    ReplyDelete
  16. bangga lah dengan dorang nie..antara ahli sukan yg mampu harumkan nama negara ;) ;)

    ReplyDelete
  17. Cayalah..

    pemain M'sia skrg ni dah dipandang dan diintai =)

    Goooo Malaysia!

    ReplyDelete
  18. dah tahu dah dari minggu lepas..hehe..

    bestnya si amirul hadi kalau dapat ke Jepun!

    ReplyDelete
  19. banyak info pasal bola saye dapat hari ni. hehe. thank u :)

    ReplyDelete
  20. satu perkembangan yg baik bila ada pemain malaysia main di luar negara. :)

    ReplyDelete
  21. Aku tumpang bangga untuk diaorang!!


    Makin tebal la poket... ;D

    ReplyDelete
  22. nampaknya zaman kegemilangan Mokhtar Dahari akan kembali..

    ReplyDelete
  23. baguslah utk timba pengalaman demi kemajuan bolasepak negara kita...

    ReplyDelete
  24. uisy. semua tu favourite tuh. defend mohd muslim pun favourite jugak. heee. :)))

    ReplyDelete
  25. hehe terbaik la dorang tu :)

    ReplyDelete
  26. tumpang gembira la dengar berita nih..huhu.. chaiyok !!

    ReplyDelete
  27. suka tengok player bola malaysia maju

    ReplyDelete
  28. alhamdulillah.. mengorak langkah setapak dua lagi..

    ReplyDelete
  29. kita doakan yang tebaik untuk mereka semua ye :)

    ReplyDelete
  30. wah.hebat2 jua pemain kita nie kan.. n ensem2 gak sume..haha

    ReplyDelete
  31. mereka semakin mantap bro... yang pasti aku bangga pakai jersi Malaysia skang ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...