Entry terbaru

1st Segmen Santri : Komputer Kesayanganku


Bagus betul segmen Satri ni, segmen ni boleh di kategorikan sebagai segmen yang berinformasi dan berprofile tinggi hehe. At least boleh memberi info kepada mereka yang tengah usha-usha komputer kan.

Jom tengok apa kelebihan dan kekurangan laptop aku ni, Compaq Presario CQ40.


Kelebihan:
  • Sesuai untuk bermain game sebab ia menggunakan processor AMD Athlon X2.
  • Ram yang diguna pakai sekarang ialah 2G dah memadai, kalau upgrade jadi 4G akan ada kesan sampingan seperti laptop jadi slow. Memang lah lagi besar RAM lagi laju, tapi bukan semua laptop macam tu tau. 
  • Ada 3 USB Port, aku guna satu untuk wireless mouse, pendrive and cable handphone.
  • Ada webcam senang untuk berkomunikasi dengan pelakon popular korea.
  • Sekarang ni pakai windows vista. Actually semua jenis window ada kelebihan dan kekurangannya.
  • Lebih lasak kalau nak compare dengan Acer.
Kekurangan:
  • Laptop cepat panas, memang laptop jenis ni MESTI ada fan untuk sejukkan dia, kalau tak ia akan rosak, kos untuk baiki boleh cecah minimum RM300+ maximum RM700+. Bergantung kepada jenis kerosakkan. Aku tak pakai fan, aku pakai laptop stand.
  • Cd writter kekadang problem, maybe sebab pernah jatuh kot. Tapi masih boleh burn cd.
  • lagi lupa plak hehe. tak boleh fokus sangat pada kekurangan dia, kang merajuk pula dia tak dapat pula aku nak update blog.
ni nak tunjuk laptop stand:


 

walaupun tak ada kipas tapi benda ni mampu untuk menyejukkan laptop, tak pasti lah benda ni ada jual ke tak, sebab yang ni pun aku dapat orang bagi, harga dia dalam RM10 rasanya.

ok itu saja perkongsian kali ni mengenai Compaq Presario CQ40 :)

27 Comments
Tweets
Comments

27 Comments:

  1. aq pakai acer je..masa mula2 beli yang aq tahu aq nak guna laptop tu bila buat assignment..hee..

    dekat 3 tahun da aq guna..tak pernah ada problem lagi..hee..aq beli awal sgt..lepas aq beli tu..banyak pulak laptop best2 keluar..rugi2..hee~

    ReplyDelete
  2. aku tahu guna laptop je... buka laptop, blogwalking, tutup laptop.. kelebihan dn kekurangan aku tak amik tahu.. hehehe!!~

    ReplyDelete
  3. owh..memang sesuai main game kalau pakai AMD nyer processor.

    MOHD NASER.com

    ReplyDelete
  4. ape name benda tu??tak pernah nampak pon..

    ReplyDelete
  5. kipas laptop dah rosak,so saya guna kipas angin..hehe

    ReplyDelete
  6. terima kasih banyak bobo kerana bagi sokongan dan join segmen ni! menepati syarat2 yg diperlukan dalam entri ni! best!!

    ReplyDelete
  7. wah..menariknya laptop nie...siap ada kekurangan lagi dinyatakan...bagus2

    ReplyDelete
  8. Oooo...boleh tahan. Depends la jugak dgn pengguna laptop sendiri. :B Wahhh vista ye? Vista aku rasa ok walaupun banyak org komplen. Hari tu aku hantar laptop kat kedai sebab nak service, orang tu reformat tak bagitau pon =.=" Pegi tukar windows 7. Wuwuwuuu... >.<

    ReplyDelete
  9. wahhh...menarik la laptop nih:)hehe

    ReplyDelete
  10. oh tu ke stand dia, baru tau, hehe

    ReplyDelete
  11. best ke pakai laptop stand tu??

    ReplyDelete
  12. waaaa
    bobo
    dah bole jadi specialist komputer ni
    heheheehe

    ReplyDelete
  13. x penah tengok pon laptop stand tu.

    ReplyDelete
  14. cis mention acer lak tu.. grrrrrrrrrr

    ok fine!

    ReplyDelete
  15. brapa inci laptoh nih?

    ReplyDelete
  16. eeeerrrrkkk.... blur2 jap.. kui3

    ReplyDelete
  17. Webcam senang nak berkomunikasi dengan pelakon Korea? I wonder who that is!

    ReplyDelete
  18. anis mula pakai acer..tp bnyk prob..tukar lenovo je..huuuu

    ReplyDelete
  19. errr ika rasa ika pun cam bella bell hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...