Entry terbaru

Aktiviti Blogging Lebih Mudah

Salam semua!


Semenjak dua menjak lepas raya otak dah penat nak keluarkan idea untuk update blog. Puas aku fikir macam mana nak update blog secara konsisten untuk jaga trafik dan juga menjamu follower.

So aku ambil keputusan, setiap kali tiba hujung minggu iaitu dari Jumaat, Sabtu dan Ahad aku akan update blog mengikut tema atau pun konsep hari itu. hehe. InsyaAllah 

Dengan adanya konsep ni ia dapat menjamin aku untuk update blog secara konsisten. Bila ada konsep macam ni aku rasa senang sikit sebab aku boleh fokus pada satu tajuk untuk update blog ni. Konsep-konsep tersebut ialah:

Kisah Malam Jumaat
Kebiasaanya bila malam jumaat orang akan kaitkan antara 2 benda je, sama ada seram atau ehem2.. hehe. Tapi aku pilih untuk seram. Aku akan kongsi cerita-cerita seram daripada pengalaman sendiri ataupun kawan-kawan. Aku jamin originality sesuatu cerita itu. No copy paste ok!

Jalan-jalan Sabtu
Hari sabtu selalunya aku akan keluar makan angin hehe. So nanti ada lah aku share tentang tempat aku pergi tu. Mana tahu ada sale ke kan, korang yang perempuan kalau tahu sale mesti berebut nak pergi kan? bukan nak beli pun. :p

Santai Ahad
Setiap hari Ahad aku puasa kahkahkah. Aku buat santai je, pendek-pendek tapi memerlukan korang untuk perah otak. Kalau yang biasa datang blog aku hari ahad mesti dorang tahu hehe.


Nanti bila korang nak baca, just klik je kat sidebar, nampak kan? hehe. Kenapa 3 hari ni je? haha sebab ialah Rabu tanpa kata dan Khamis yang spontan. hehe. Hari Isnin mungkin korang boleh cadangkan kat aku konsep apa. Yang berlegar diminda sekarang ialah promote blog!

23 Comments
Tweets
Comments

23 Comments:

  1. kalau isnin slalunye pasal ponteng kerja, ponteng kertas, amik mc dan lain2. hahaha

    ReplyDelete
  2. keputusan yang bijak...happy blogging

    ReplyDelete
  3. untunglah banyak idea.. nak tutup blog lah...

    ReplyDelete
  4. syuzi suke bace citer SERAM..!!! hihihihi... best!! make sure yg ORI ekk... (^___^)

    ReplyDelete
  5. wah..baguslah ada tema untuk menulis..senang sikit nak buat entri..kalau tak memang perah otak la kan..
    setakat ni menulis ikut tema bebas jer..hehe.=D

    ReplyDelete
  6. wah... bertema la imbobo... mungkin hari isnin boleh buat tema blogger.. cita la apa2 tentang blog..promote ka.. wat tutorial ke..tips ke... kan???? huhu... betul tu senangkan bila ada tema..:)

    ReplyDelete
  7. ahha..cam tu eh??rasa cam nak buat jugak lah sebab cikin selalu mengalami sakit malas nak update..hik3

    ReplyDelete
  8. hari isnin, entri promote blog kb..hahaha... :P

    ReplyDelete
  9. Isnin English Day!!!
    (tak habis2... huhuhuhu )

    ReplyDelete
  10. fuyoo ada jadual tu..satu kemajuan imbobo..domain.com ni bayar kt netkl ke?

    ReplyDelete
  11. wah, bagus! ada konsep dah ye? huhu. boleh terjah pada hari-hari yang ditentukan kecuali jumaat. hahaha :p

    ReplyDelete
  12. isnin hari tanpa posting..hehe

    ReplyDelete
  13. pujangga pun ade gak.. tapi tak larat sgt idea nak kerah.. haha..

    isnin : bebas
    selasa : bebas
    rabu : tanpa kata
    khamis : spontan x penah buat lg.. haha..
    jumaat : tazkirah jumaat
    sabtu : bebas lagi.
    ahad : bebas

    tapi kadg2 tgk mood n keadaan.. hahaha.. :D

    ReplyDelete
  14. wahh.. hebat2.. siap ade tema tu..

    ReplyDelete
  15. ada TEMA! best3!!
    nak tiru! nak tiru! keh3

    isnin=promote blog cik ana :P

    ReplyDelete
  16. wahh, strategik penulisan yg bagus. keep it up! haha :D
    *nak ikot cara ni jugak la. boleh?* hee

    ReplyDelete
  17. uhuiiiii bgs perancangan cmni..kte main boh jeh entry ikut idea n mood..haha

    ReplyDelete
  18. ok jugak tu..sekurangnye xde la pening sgt nanti kan nak update pe bende kat blog =)

    *kipidap*

    ReplyDelete
  19. kalau cerita seram tu sy skip boleh? haha. tak suka cerita seram-seram. lagi-lagi dah nak balik hostel ni.

    btw.sy xsuka sgt pergi sales. sbb sales bkn sales betul2 pn. ade yg naikkn harga dulu.pstu konon2 discount 80%.

    ReplyDelete
  20. blog sy xda lg konsep2 cmtu kecuali WW hehe

    ReplyDelete
  21. untonglah setiap isnin blog kena promote ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...