Entry terbaru

Aku Bukan Melayu Bangsat


Ada tak sesiapa yang baca blog Mamat Khalid? Aku terpanggil untuk menulis tentang isu yang dibangkitkan. Benar apa yang dikatakan beliau tentang perkara itu. Aku bukan Melayu bangsat begitu juga Mamat Khalid!


Ciri-ciri orang Melayu merupakan kelemahan bangsa itu sendiri. Fikirkan lah apa kelebihan yang kita ada? Perpaduan? Macam mana nak bersatu padu kalau di kalangan bangsa sendiri pun berpecah? Aku bukan nak jatuhkan bangsa sendiri tapi itu lah kebenarannya.

Satu ketika dulu, negara dikejutkan dengan satu video klip di youtube mengenai lagu Negaraku di rapkan. Ramai yang bangkit membantah. Video itu umpama marahkan nyamuk habis kelambu dibakar. Aku harap kita tak jadi macam itu.

"Kita" ni bila marah pada seorang dari kaum mereka, selalunya kita akan merujuk pada seluruh kaum dia. Betul tak? Itu memang pemikiran orang Melayu. Kita kena ubah untuk hidup dengan lebih aman dan bersatu padu di bumi Malaysia ini.

Dulu buat video dan kemudian upload di youtube, kini terus buat filem. Hebat bukan? Kita bukan dengki tapi persoalannya mengapa begitu mudah jalan yang diberikan? Melayu Mudah Lupa.

Lepas ni kalau nak jumpa PM sila lah buat video 'gua mau jumpa lu', agak-agak boleh tak jumpa? hehe.

Aku ada ramai kawan dan pelbagai bangsa, tidak wujud isu rasis dalam diri, tapi fitrahnya hidup pasti ada rasa untuk memajukan bangsa sendiri begitu juga dengan kaum yang lain. Itu bukan rasis. Tapi ramai orang salah faham.


Mari kita sama-sama mewujudkan perpaduan antara kaum supaya Malaysia lebih makmur. Abaikan ideologi politik dalam hal ini. 1Malaysia untuk semua.


Baca selanjutnya di blog Tempurung Pecah.

25 Comments
Tweets
Comments

25 Comments:

  1. ada btulnya ckp mamat khalid ni..

    ReplyDelete
  2. hamba tersangatlah setuju

    ReplyDelete
  3. itu pasal la blogger2 pro kerajaan marah sakan kat Namewe.. haha.. padam muka.. melayu memang mudah lupa.

    ReplyDelete
  4. betul tu imbobo jangan samakan cinta politik kaum agama dengan cinta negara..semangat cinta negara tak kira perbezaan tapi semangat kearah itu.

    ReplyDelete
  5. bersatu kita teguh, bercerai kita roboh...kalau bobo sudi join lah :

    http://sun3tpini.blogspot.com/2011/09/1st-segmen-santri-komputer-kesayanganku.html

    ReplyDelete
  6. oh! mamat khalid pun ade blog eh
    hehe

    ReplyDelete
  7. tak paham dengan semua isu racist segala bgai

    ReplyDelete
  8. erghh china dan india pun xhormat kat kite.. lagi sedihhh

    ReplyDelete
  9. ahad yg patriotik...nice entry..

    ReplyDelete
  10. semua bangsa hipokrit..betul ke?

    ReplyDelete
  11. As Salam,

    Melayu Mudah Lupa..kenapa sokong 'dia'...ya,sebab MELAYU MEMANG MUDAH LUPA..dan saya bukan melayu yang lupa...sbb tu saya tak sokong dia...tolonglah jangan jatuhkan maruah bangsa sendiri..!tolonglah...

    ReplyDelete
  12. yg penting smuanya rakyat malaysia.
    kaum tu tak patut dijadikan alasan. :)

    ReplyDelete
  13. hemm..RASIS? ke RACIST?? adehh~






    cik ana.

    ReplyDelete
  14. yup .. bersatu demi kepntingan kita bersama ..

    ReplyDelete
  15. fuh, tajuk dia.
    ni mr.bobo yg tulis ke? hmm, nice2!

    ReplyDelete
  16. setuju!kalau orang melayu saling bersatu padu xde peluang bangsa lain ada hati nak memerintah siap nak tukar bendera malaysia n pertikaikan hak2 raja2 melayu, perghh..bangsa lain nmpk sangat kelemahan org melayu niey..aduii~

    ReplyDelete
  17. owh,..lupa plak. thanxx ajar ziey yah =)

    ReplyDelete
  18. btol jgk..klu hanya mrhkan seorng knp perlu libatkan seluruh kaum kerabatnya..

    ReplyDelete
  19. hopefully new generation will be better malays... :)

    ReplyDelete
  20. nak kata rasis tu tak la,tapi kita ngam dgn org yang ada persamaan dgn kita kan? tak gitu?

    ReplyDelete
  21. bwu taw abg mamat halid ada blog.. hehe

    ReplyDelete
  22. ape gado gado..melayu..cina..india..kiate kan satu mesia..heeee

    ReplyDelete
  23. usah jadik mlyu mudah lupa..huhu

    ReplyDelete
  24. cukup tak suka laa dengan isu2 politik yg terselit di mana2 skrg, sikit2 politik...

    ReplyDelete
  25. politik,xtau nk kata pe dah hurm :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...