Entry terbaru

Anak Derhaka




Aku betul-betul tak paham dengan orang yang sanggup buat mak  ayah dia macam ni. Memang anak tak kenang jasa dan kenang dek untung. Mak bapa kita bersusah payah, korbankan segala benda nak besarkan seorang anak. Tapi bila anak dah besar, tak nak hargai jasa, lepas tu derhaka pula tu.

Masa kecil
Ibu bapa layan anak bagai menatang minyak yang penuh(*bukan binatang ye). Mereka sanggup berjaga malam untuk pastikan anak yang mereka sayang tidak digigit nyamuk. Banyak benda mereka korbankan untuk membesarkan seorang anak. Pasti ada. Apa yang anak minta mereka akan sedaya upaya turutkan. 

Masa Dewasa
Adakah anak sanggup berjaga malam menjaga ibu bapanya?Adakah anak sanggup berkorban harta dan wang ringgit untuk mereka? Adakah anak melayan mereka dengan baik? Ramai antara kita tidak sedar tentang perkara ini. Bahkan ada yang sanggup merantai ibu bapa macam anjing dibawah rumah. *geleng kepala*

Aku tak dapat terima;
  • Orang yang memukul ibu bapanya.
  • Orang yang berkira dengan ibu bapanya.
  • Orang yang memaki ibu bapanya.
  • Orang yang berdendam dengan ibu bapanya.
  • Orang yang hantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua. 
  • Anak yang derhaka.
Firman Allah:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya jangan beribadah kecuali hanya kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkan dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah : " Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil..

(Al Isra' : 23 - 24)

nak kena sumpah jadi batu?

Di pagi raya aku mesti terfikir adakah ini raya terakhir aku dengan ibu bapaku? Adakah masih ada peluang untuk aku bersalam dengan mereka? dan banyak lagi benda aku fikir.


Janganlah kita salam ibu bapa kita masa hari raya je. Hari-hari lain pun kena salam. Jangan malu-malu untuk peluk dan cium. Kenapa harus malu pula?hmm..


Hargailah ibu bapa selagi hayat mereka masih ada.

24 Comments
Tweets
Comments

24 Comments:

  1. haha golongan macam tu kecik2 taknak mati, dah besar menyusahkan orang. pendek akal punya orang, sebab tu sanggup buat ibu bapa macam tu.

    heee kasar kan? sorry :P

    ReplyDelete
  2. haaaaa... klu imbobo x paham.. syuzi 100x ganda TAK PAHAM manusia yang mcm ni.. anak tak sedar diuntung!! geram bile bace psl anak2 yg durhake kat mak & ayah dorg ni.. haiihh..

    p/s : pic manusia berupa batu tu name sbnr nye Maling Kundang from indonesia (klu x salah name tmp tu Padang).. sbb dulu mase darjah 5, syuzi pnh g tmp tu... siap duduk kt punggung org batu yg tgh bersujud tu amik gambo... hihi..

    kt sekeliling tu nampak macam kapal beso yg dah hancur.. ade tali sauh.. naik bulu roma mase tgk kt sane.. (^_^)

    ReplyDelete
  3. ye hargailah ibu bapa selagi mereka ada..
    =(

    ReplyDelete
  4. tu la.. knpa sush sgt nk hrgai parent kita.. sush ke nk bg ksih syg?

    ReplyDelete
  5. tah pape la anak2 zmn skg nih..hesh~

    ReplyDelete
  6. Setuju. Wa pun hr2 fikir yg parent wa xkan slamanya ngan wa dan sentiasa ingatkan diri wa utk beri yg terbaik pd mereka

    Terkedu dgr cerita boss bile ada org tanya dia 'hadis mn yg mgatakan kita sbg anak harus memberi duit kpd ibubapa kita?'

    ReplyDelete
  7. mereka bagaikan kacang lupakan kulit.

    ReplyDelete
  8. bukan senang nk jaga ibu ayah..tapi ibu ayah pernah ke kata susah nk jg ank beliau???ermm...jadi ibu ayah th laa betapa seksanyaa...

    ReplyDelete
  9. aishh aku pun cuak kalau kalau aku terderhaka .

    ReplyDelete
  10. saye sayang mak ayah saye.. :)

    ReplyDelete
  11. sobsob..sdihhh nyaaaa die buat cenggituuuu...nak kate xte akal diberinya akal,tp xpena gune..die buat cmtu nt ade anak,anak die plak buatcmtu.pdn muke kauuu!hambekk.*tetibe berangin pulak.hihi

    ReplyDelete
  12. so sad. harap ALLAH sedarkan mereka-mereka tu. dapat balasan terbaik untuk kesedaran lepas ni.

    ReplyDelete
  13. tak susah nak sayang ibubapa...kenapa diaorg tergamak?

    ReplyDelete
  14. paling takut buat mak dan ayah marah... agaknya dieorg yang buat macam ni tak takut kot...

    ReplyDelete
  15. hm.. btol...
    sebab tue sebak sangat time salam mak ayah mase pagi raya... terkenangkan dosa semua..
    terkenangkan raya depan jumpe lg ker tak...

    sedih sangat... T,T

    ReplyDelete
  16. lepas ni kau kena lebih serius dalam bab penulisan .. sebab kau dah berdomain.. hahaha

    tahniah wehhhh

    kau da jadi geng aku berdomain..

    lepas ni kau kena lebih serius dalam bab penulisan .. sebab kau dah berdomain.. hahaha

    tahniah wehhhh

    kau da jadi geng aku berdomain..

    ReplyDelete
  17. Tu ok imbobo.. Ni yg snggup bunuh mak ayah ni lg tak phm..

    ReplyDelete
  18. betul tu. ada tu tinggalkan kat umah org tua. susah sgt ke jaga? cian tengok diorg kat rumah org tua kat tv

    ReplyDelete
  19. pernah nmpk situasi mcm ni dpn mata sndri..speechless..mampu geleng kepala je sambil berdoa dlm hati.."ya Allah,jgnlah Kau biarkan aku jadi anak derhaka sebegini..amin"

    p/s : sayangi ibu bapa adalah perkara paling bahagia dlm dunia ni..

    ReplyDelete
  20. memang berlambak spesis si tanggang kat malaysia ni..

    ReplyDelete
  21. org yg xigt jasa mak bpk ni adalah golongan yg xde otak.mmg xboleh diterima lgsg.

    sy slm mak ayh mmg cium pp pon. hee.

    ReplyDelete
  22. huhu..kadang2 bila kita tertinggi suara pun bleh melukakan hati mak ayah..huhu

    ReplyDelete
  23. Excellent line up. We are going to be linking to this excellent post on our website. Sustain the nice creating.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...