Entry terbaru

Apa itu Gejala Emo?


Korang ada terbaca isu gejala emo tak? kalau yang tak baca surat khabar memang tak tahu lah rasanya. Ada yang terbaca tapi masih tak paham apa itu gejala emo? jom baca ni.


Emo atau emocore merupakan salah satu subgenre punk hardcore yang bermula pada penghujung tahun 1980-an. Istilah emo mula digunakan untuk merujuk scene indie yang terpengaruh dengan bunyi Fugazi. Antara band-band awal dalam scene ini adalah Sunny Day Real Estate dan Texas Is The Reason. 

Sumber: Wikipedia


Mereka yang terlibat dengan gejala ini pada kebiasaanya akan mengamalkan benda-benda yang tidak sihat seperti:

  • mengelar tangan
  • menjilat darah sendiri
  • melakukan seks bebas
  • hisap dadah 
  • dll..
Ni kan bukan budaya kita. Haihhh. Kajian menunjukkan ramai diantara mereka yang terlibat adalah remaja perempuan yang mempunyai masalah sosial seperti tekanan melampau, masalah keluarga dan macam-macam. Yelah, jiwa remajakan selalu ingin memberontak.

Senang je nak kenalpasti mereka ni, kebiasaanya mereka bercelak di mata, rambut panjang dan berwarna menutupi sebahagian muka serta berseluar ketat. 

Cuba check ahli keluarga korang, ada tak gaya-gaya macam ni? hehe.Kalau boleh kita kena sentiasa ambil tahu pergerakkan anak-anak dan ahli keluarga kita supaya mereka tidak terlibat dengan gejala tidak berfaedah ni. Jadilah pendengar yang baik kepada mereka.

p/s: sedap ke ek jilat darah sendiri? tak osahlah emo sangat hehe

25 Comments
Tweets
Comments

25 Comments:

  1. takyah nak ikut sgt perangai dan ajaran setan tu.. pelik2 je dorang nih

    ReplyDelete
  2. kesiann sebenarnya mereka tu..kalau didikan yg cukup dan baik pasti mereka tak begitu..salah sape?? haa amek dulu tagline Nabil,.Lu pikir la sendiri,..haha~

    ReplyDelete
  3. dkna pon pakai celak mata..rambut panjang...heheheee...tapi tak tergolong dalam kategori nie :D

    ReplyDelete
  4. hadoi..sgt menakutkan..

    ReplyDelete
  5. yang luaran tu kekadang hanyalah fesyen...

    sebab ada kalanya yang smart berpakaian office attire tu yang 'dalam'nya sgt2 emo dan bahaya.

    yang penting beri perhatian kalau ada memerlukan...

    ;D

    ReplyDelete
  6. baik la makan aiskrim ke coklat ke kalo stress pun.. kan lagi sedap.. haha..

    ReplyDelete
  7. BUDAK2 SKG MMG MESTI KENA PANTAU...BKN STKAT BUDAK2 JER..MALAH ORG DEWASA PON SM YG FANATIK SGT..

    ReplyDelete
  8. Dulu time aku study ade gak bdk yg aliran emo ni..tp skrg depa dah xde. Msg2 dah kawen, trus tuka aliran =)

    ReplyDelete
  9. ishh mcm drakula la plakk nak jilat drh . euwww ! main kelar2 plak tuu

    ReplyDelete
  10. jilat darah sendiri ?
    okayy, disgusting pun ada .
    euuwww !
    mintak simpang lah kannn .

    ReplyDelete
  11. pernah dgr isu ni..pernah diskus dulu ms kuliah..mmg teruk gejala tu kalau tak dibendung..hmmm

    ReplyDelete
  12. yup, selalu perempuan r yg cpt emo ni..clash je toreh tangan sendiri..bajet hebat ke ape ntah..huhu..pastu pengaruh member atau hiburan kot..

    ReplyDelete
  13. isap darah sendiri bagaikan minum air sirap pekat.. tanpa gulaaaaa... haha

    isap darah sendiri bagaikan minum air sirap pekat.. tanpa gulaaaaa... haha

    ReplyDelete
  14. hurm.. jiwa remaja x pernah tahu hidup masih panjang dan masih banyak yang mesti dilalui... semuanya bermula dengan ilmu agama yang diberi... ibu bapa punya peranan sangat tinggi dalam masalh2 begini...kan???

    ReplyDelete
  15. Kena jaga betul2 anak saudara mara kita. Kalau bukan kita, siapa lagi nak jaga, kan?

    Teruk kan group emo ni.
    Tahun 2006-2007 popular. Sekarang naik balik ek?

    ReplyDelete
  16. Dulu pernah jugak terlibat dlam team emo ni.. tp x serius sangat.. just pemakaian je la.. dgan celak mata..

    ReplyDelete
  17. kadang2 kita ikut kata kita sedangkan kata mereka kita tidak dengar...apapun mereka nie perlukan perhatian...dan bukan orang lain yang kena buat semuanya bermula dari keluarga sendiri

    ReplyDelete
  18. mmg ada pun.. hehehehe ala.. x ke mana pun emo diorg tu.. remaja skrg ni terlalu ikutkan perasaan.. sok dia dah dewasa baru dia tahu buruk ke x perangai emo ni... tentu dia sendiri pun menyampah tgk org emo ni.. hikhikhik lebih tepat org yg emo ni kurg didikan agama... kurg perhatian.. tp semua tu alasan.. usia remaja dah cukup untuk menilai sesuatu yg baik dan buruk... ada akalkan? fikirlah sendiri hehehe

    ReplyDelete
  19. huhu..terase...dlu han mcm ni tp xdela amalkn amalan mcm dkt ats tu...masih waras..:)

    ReplyDelete
  20. maksudnya budak2 emo ni,,diorang menghadapi tekanan perasaan sehingga menyebabkan emosi diorang terganggu,,sampai diorang rasa nak pakai celak dan jilat darah sendiri..betul tak??

    ReplyDelete
  21. ade bace dlm paper smlm... dorg ni sume rosak akidah.. huhu

    ReplyDelete
  22. kadang2 diorg yg jadi cmni sbb pengaruh kawn, masalah family, stress..

    sepatutnya jadikan al-quran dan sunnah sebagai pegangan..

    ReplyDelete
  23. hehehe.. pnh jupe kat dalam tv je..

    ReplyDelete
  24. ai2 ara pnh tgk dak laki kelar tgn.. p ta rmbt pjg lak.. cane? :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...