Entry terbaru

Melayu Beli Arak


Korang pernah tak ternampak orang melayu jual arak atau beli arak? Aku dah banyak kali nampak remaja melayu kita buat muka tak bersalah beli arak. Bukan saja yang muda, yang tua pun tak nak kalah. Entah apalah rasa air kencing setan tu yang buat mereka sanggup melanggar larangan agama. Benda bukan murah, mahal tau.

Masa aku kerja kat 7 Eleven dulu memang selalu jumpa pelanggan melayu beli arak. Niat hati memang nak tegur, tapi kalau tegur kang lebam pula biji mata. Tegur dalam hati pastu doakan dia supaya cepat sedar dengan perbuatan dia. Lama kelamaan dia dah tak beli sebab mungkin dia perasan kot setiap kali dia nak beli aku pandang semacam kat dia.

Semalam aku ternampak 2 remaja melayu, nampak macam budak sekolah menengah. Mak ayah bagi duit belanja sekolah untuk makan tapi mereka habiskan beli arak. Apa lah perasaan mak ayah kalau tahu anak dia  teguk arak.

Budak sekolah sedang membeli arak
Pada pendapat aku seeloknya urusan jual beli arak ni perlu dikuatkuasakan dan undang-undang perlu diketatkan supaya orang melayu Islam tidak sewenang-wenangnya membeli arak. Jakim mungkin perlu membuat sesuatu mengenai perkara ini.

Mungkin juga lepas ni siapa yang nak beli arak kena tunjukkan ic? Kalau nak beli sim kad boleh buat macam tu kenapa tidak untuk arak juga?

p/s: 

  • kalau aku nampak budak sekolah beli arak memang aku terus lempang je lepas ni. HAHA
  • aku belum sempat bw lagi ni, mlm ni aku balas komen ok?jgn marah huhu


30 Comments
Tweets
Comments

30 Comments:

  1. kalo ko nak lempang..ko ajak aku sekali bobo..haha

    ReplyDelete
  2. gila. sedap sangat ke air kecing setan tu. macam ntah pape je. baik minum air coke. lagi sedap.


    merajuk dengan iMBobo sebab tak bw (sambil buat muncung seinchi)

    ReplyDelete
  3. sokong cadangan tunjuk ic tu. tgk la brape ramai bdk skola teguk arak.dr dulu lg pn

    ReplyDelete
  4. tax untuk arak tinggi tu pasal gov malas nak buat apa2... kita je la sama2 yang jaga anak2 melayu kita ni sendiri...

    ReplyDelete
  5. dari beli arak baik beli air slurpee kat 7E tu.. lagi sedap.. hehe..

    ReplyDelete
  6. dimana silapnya..
    klau budak skolah dah pandai minum arak..
    harap pihak yg ternampak perkara yg tak baik camni.. tegurlah

    ReplyDelete
  7. ngokkngekk betol la bdk2 sekarang.

    ReplyDelete
  8. wahhh iMBobo nak lempang je pasni?? nak tengok! nak tengok! hehe

    ReplyDelete
  9. wahwah nak lempang, ada bran ke? hehehe kalau emy mmg mrh gak *dlm hati* nak tgur stret x bran

    ReplyDelete
  10. dulu ada kwn selamba je beli arak...

    ReplyDelete
  11. ish3...budak2 lg dah blaja2 nk minum arak...org kafir xpela..ni islam..
    lg1 kan, slalu jgk nampak kat sport toto tu org melayu beragama islam beli nombr ekor...majoriti melayu plak tu..

    ReplyDelete
  12. budak ni mmg gamble gile..!! pakai baju sekolah kot..ish,apa la nak jadi..

    ReplyDelete
  13. Memang semestinya negara bukan saja melindungi rakyat dari bahaya dunia, tapi harus juga dari celaka akhirat. sekularisme tidak untuk orang IslamMemang semestinya negara bukan saja melindungi rakyat dari bahaya dunia, tapi harus juga dari celaka akhirat. sekularisme tidak untuk orang Islam

    ReplyDelete
  14. betul gak tu, kalo beli simkad boleh tunjuk IC, takkan xdpt plak buat utk urusan beli air arak.

    ReplyDelete
  15. Bukat setakat pelempang, kau boleh tambah dengan flying kick sekali...:D

    ReplyDelete
  16. dorg mmg melampau.. jenis xreti takut..

    ReplyDelete
  17. lgsg ta da perasaan dia p bli arak ngn kai bju skola bagai. ara na sentuh tin arak 2 pown da tkot..

    ReplyDelete
  18. doakan yg terbaik je lah tuk drg..hummm~~

    ReplyDelete
  19. nasib bro tk tegur dia masa dia beli..sebab..menjual arak pun sebenarnya tk boleh..pegang pun tk boleh..(tk kisah la klau kita pekeja pun) klau dia bahasakn bro balik malu ada la..

    ReplyDelete
  20. nk tumpang melempang sekali boleh ..hihi..
    betul2.. perlu diketatkan pembelian tu..

    ReplyDelete
  21. ade 10 org yg terlibat dlm 'pembikinan arak' ini mndpt dosa..
    1,org yg memerah anggur.(khamar)
    2,org yg bwk lori arak.
    3,org yg hidangkn arak.
    4,org yg jual arak.
    5,org yg minum arak.
    6,org yg keje kat kedai arak.
    lagi 3 sy x ingat..kene bukak buku syariah balik..hehe..kalau Imbobo taw..bgtaw sy ye..TQ
    kalau ikut hukum hudud diorg ni kene sebat40x..so cmne tu??

    ReplyDelete
  22. huuuuu
    penaaaah tgk
    sentaaap je

    ReplyDelete
  23. tak faham cerita ni..

    cerita ko ke cerita sape?

    kenapa p/s ko tulis kalau ko jumpa? habis tu, ini cerita siapa?

    aku cadangkan jgn jual arak kat SE, lagi okay. dah la pekerja SE kebanyakannya Melayu Islam.

    Ingatlah 9 golongan berdosa bersabitkan arak.

    ReplyDelete
  24. mungkin mereka bangga kot beli secara terang-terangan.

    ReplyDelete
  25. Tgur kang org kt kita ni ustaz, x tgur kang x sdap ht. Haih. Pe nak jd la kan. Urmm..

    ReplyDelete
  26. hurm... apa nak jadi dengan org melayu zaman sekarangkan??? status islam tu kadang2 dah tak dibawa lagi.. sebab tu senang2 je g beli arak.. dah sah2 arak tu haram untuk org islamkan???

    ReplyDelete
  27. speechless nye tgk org melayu beli arak..hmm

    ReplyDelete
  28. tah nye. budak budak sekarang ni tak tau nak cakap ape lagi tah. bangga buat bende tak senonoh.

    semalam aku pegi bowling teserempak ngan budak budak baru nak "up". dah la keoch giler. yang lelaki pakai baju melayu. tapi aweks aweks pakai shot skirt dua jengkal je. haaihhh..

    ReplyDelete
  29. penah tgk kat melaka dulu lelaki melayu nk beli arak, tapi pompuan cashier tu tak bagi. dia soal mcm2 kat lelaki tu terus tak jadi beli. hahaha. padan muke.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...