Entry terbaru

Pencipta Bendera Malaysia diiktiraf tanpa dikenang



Tidak ramai yang tahu mengenai asal usul bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah pada tahun 1949 dihasilkan melalui pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan dan mendapat perkenan Mesyuarat Raja-raja pada tahun 1950.

Rekaan asal bendera Malaysia diilhamkan oleh seorang arkitek Jabatan Kerja Raya Johor ini  terpilih dan dikibarkan buat pertama kali pada 31 Ogos 1957 dengan megah sehingga hari ini.

Pada 17 Julai 2005 barulah kerajaan mengesahkan Allahyarham sebagai pencipta bendera Malaysia yang sah. Itupun setelah Harian Metro mencetuskan isu siapakah pencipta sebenar bendera Malaysia pada tahun 2004. Jika tidak, pasti perkara ini dibiar begitu saja.

Dukacita sehingga kini Allahyarham masih tidak menerima anugerah khas seperti yang dijanjikan pihak berkuasa. Sesuailah dengan pepatah bagaikan kacang lupakan kulit.

Adik bongsu arwah, Abu Bakar, 76, berkata, apalah salahnya hasil penjualan buku "Mohamed Hamzah Pereka Jalur Gemilang" pada tahun 2007 digunakan untuk memperbaiki pusara arwah yang usang dan simen yang terkopak.



9 Comments
Tweets
Comments

9 Comments:

  1. haha mcm dr.M pernah kata "melayu mudah lupa". takde salahnya kalau kita iktiraf dan angkat sikit martabat beliau.

    shahrukh khan pun dorang boleh bagi penghargaan sbb berlakon kat malaysia, siap dpt dato'. why not bagi Mohamed tu penghargaan gak.

    dorang ni asyik fikir pasal org yg still hidup je, yang dh meninggal tu dibiarkan je.. apa pun xbleh.

    ReplyDelete
  2. iye tak ye kan.. shah rukh khan boleh je dapat datuk.. itulah pepatah mengatakan, hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri..

    ReplyDelete
  3. haha meh kita g sekeh kepala dorang ramai2. siot tol xbg arwah tu penghargaan. SRK yang xde kne mengena pun dpt.

    p/s:cepat2 selesaikan balik blog bobo ni. import apa yg patut. tulah lain kali kalau nak tukar tu ckp dlu. patutlah xdpt update post bobo.

    nsb baik jiran awak ni baik hati. dh siap bookmark blog bobo, kalau tak takde berjiranlah gamaknya. buta IT nih.hehehe

    ReplyDelete
  4. a'ah kann. kenapa la allahyarham tak diberi anugerah. tengok! smpai generasi skang, saya pun br tahu benda ni

    ReplyDelete
  5. ish xtau lgsg sapa pncipta bndera kta..
    dok kibar je tau.. huhuhu..
    cian beliau x dpt pape anugerah,,

    ReplyDelete
  6. actually benda ni ada diajar dlm pelajaran sejarah. tp budak2 sekarang tak alert langsung pasal sejarah malaysia.

    ReplyDelete
  7. penuh berjasa..
    *masa sekolah rendah lg cikgu pernah bgtau ttg orang ni, tapi baru dpt ingat balik skrg T.T

    ReplyDelete
  8. btol2
    ramai xkenl sapa yang bt bendera malaysia tu
    masa fara kat mtrx''fara de bt cam talk pasl tajuk kemerdekaan n der soaln pasl sapa yang bt bndera nie
    sume orang xtahu
    hehe

    ReplyDelete
  9. moga pihak yg berkenaan prihatin pd perkara ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...