Entry terbaru

Seram Malam Pertama


Kejadian ni berlaku lama dah. Masa kerja kahwin abang sedara yang sekarang ni dah ada 3 orang anak. Masa tu dia buat kenduri kahwin kat rumah mak pengantin lelaki. Rumahnya terletak di tapak bekas tempat latihan askar. Kat situ tinggal satu rumah yang dikelilingi semak samun dan pokok-pokok besar. Suasana betul-betul macam dalam hutan.

Banyak perkara-perkara aneh yang berlaku kat situ. Nanti aku ceritakan satu persatu. Masa kenduri kahwin biasalah kan semua penat terutama ahli keluarga yang membantu. Malam lepas hari bersanding tu semua orang dah tidur. Yang bujang terpaksa tidur diluar rumah dibawah khemah. Saudara mara ramai.

So mereka ni dalam 4 orang lambat tidur. Salah seorang dari mereka ialah abang aku yang dipanggil Along. Bila semua dah terlena, Along yang ketika itu baru je nak terlelap tersentak dengan kehadiran langsuir yang berdekatannya bertenggek di atas ampaian. Benda tu singgah dan memerhati mereka berempat yang sedang tidur.

Diambil dari google, bukan gambaran sebenar
Along cerita, masa dia nampak tu badan dia kaku dan tak boleh bergerak. Nasib baik benda tu cuma memerhati dan tidak mengacau. Lama juga benda tu tinjau-tinjau. Along berpeluh-peluh kemudian terlelap. Kalau korang jadi along apa yang korang akan buat?

Entry bersambung...

50 Comments
Tweets
Comments

50 Comments:

  1. kalau saya..trauma beb. mahu demam bape hari. saya jenis tak takut kat mana mana. tapi kalau sekali dah nampak..memang ah. sy pernah dengar sekali mrengek dekat kolej. dah lepas tu, tiap2 hujung minggu balik rumah. tak berani ddk sorang dekat bilik. before tu, okay je. seb bek tak kacau time sorang2. hee.

    ReplyDelete
  2. ziarah sini..ishh,seramnya.>.<

    ReplyDelete
  3. mtk email addrs..nk add lam fb.. blh? hehe

    ReplyDelete
  4. aku diam n sambung tidur je..haha

    ReplyDelete
  5. lepas tu apa jadi??cepat sambung hehe

    ReplyDelete
  6. kalau jadi along mungkin dah pengsan dah. dia bukan terlelap tu.pengsan tu. heheh

    ReplyDelete
  7. suspen ni...sila sambung citenya :)

    ReplyDelete
  8. siot , sure tak ley ttow mlm nieyh =='

    ReplyDelete
  9. mak aih! meremang segala bulu!
    takotttttttt :(

    ReplyDelete
  10. alaa bersambung lak ker?

    xsuspens dah

    ReplyDelete
  11. kalo ak pengsan.. adoiiii..
    mnakutkn..

    ReplyDelete
  12. huuhhh..agak seram jugak la kalau macam tu..lagi2 kalau sorang2 kan iMbobo..huh~

    ReplyDelete
  13. baca yassin & kursi sampai lebam..

    ReplyDelete
  14. adoiii.. imbobo pun terkena VIRUS dari abg Ben ka? men ade sambung2 ni... dh mcm drama tv3 plak... (^_^).. hihi

    ReplyDelete
  15. kencing je kat situ.. haha..
    erm.. kalau aku jadi along la.. aku pukui je hantu tu.. jgan kasi muka.. bagi penampaq je.. mesti hantu tu lari r..

    ReplyDelete
  16. lari sambil baca ayt kursi :)

    ReplyDelete
  17. alamak... baca cerita seram malam2 ni buat shera tak boleh nak tido...

    ReplyDelete
  18. uhu! seram meyh..haha!! sbb pnah kene..:)

    ReplyDelete
  19. Maaf, apa tu langsuir dan ampaian. Jadi tidak sepenuhnya mengerti cerita nih. Tapi sepertinya ada benda seram mendekati dan melihat-lihat pada yang sedang tidur.
    Kalau mengalami yang begitu, lempar saja dengan apa yang ada di dekat kita.

    "I've followed your blog"
    indonesiatooverseas

    ReplyDelete
  20. Kejut yg lain pahtu tgkp gambo die.. Hahahah~

    ReplyDelete
  21. teberak dah kot
    pas tu pitam
    aiyaaaaakkkk

    ReplyDelete
  22. bace ayat kursi..he

    seram neyh~

    ReplyDelete
  23. asal la aku bace... serammmmm! haha

    ReplyDelete
  24. menyesal plak baca mlm2 cenggini..aishhh

    baru intro ja nih...

    ReplyDelete
  25. alahai.. seram entry ni.. da la bce pgi2 jumaat ni.. adoii

    ReplyDelete
  26. tutup mata pastu buat2 pengsan.....haha..kalau nak bace ayat kursi, cnfirm tunggang terbalik.

    ReplyDelete
  27. kalo jadi kat pujangga.. pujangga sambung tido.. haha.. :D

    ReplyDelete
  28. erk..seram..nsb yui baca waktu pg..muahahahah..

    ReplyDelete
  29. confirm dah menjerit.. hehehe

    ReplyDelete
  30. kalau saya,,saya tak nak jadi along sampai bila2..haha..

    seram giler!

    ReplyDelete
  31. adik lelaki abah pernah nampak pocong duk berdiri bawah lampu pukul 5.00 pagi
    Abah Khalisha Teringin Jadi Famous

    ReplyDelete
  32. aiyak..kalo anis lah..xdapat nak ku byg kn lah cne..eeee..mintak simpang lah dr terlihat..

    ReplyDelete
  33. ntah le..haha
    terpaku di situ..

    ReplyDelete
  34. jgn tegur.diam je.dlm hati baca la apa2 yg patut :)

    ReplyDelete
  35. pergh, nmpk langsuir tu..len kali spare cermin muka pastu hale kat langsuir tu ke bg dy sdr diri sikit..haha

    ReplyDelete
  36. Baca lah apa2 yang patut. Orang cakap kalau nampak hantu ni, otak kita kat alam lain yang berlainan frekuensi. Macam TV, otak kita dah masuk channel lain. Channel hantu. Hik3.

    ReplyDelete
  37. aku tak pasti aku bole pengsan ke tak sebab tak pernah lalui.

    tapi yang pasti aku takkan boleh begerak sampai la ada orang selamatkan aku.

    seram kot.

    ReplyDelete
  38. hoho...macam best je:)hehehe

    ReplyDelete
  39. eeee...seramny! kalau sy,huh.da lama pengsan kot.ishh,tegak bulu roma huhu -.-

    ReplyDelete
  40. kisah betul ke ni? seriau den mdgrnya. Nasib bukak blog ni siang2..kalau mlm, mau tplanting hp dibuatnya =)

    ReplyDelete
  41. wahhhh seram nya baca . meremang bulu roma ~ :

    ReplyDelete
  42. sampai tidur kat luar rumah?huhu
    mmg la ade yg datang kacau..

    ReplyDelete
  43. hoh..kalau moon dah demam panas dah..huhu seram plakkk

    ReplyDelete
  44. klu ika xtau boleh pengsan ke tak haha,yg penting rasa nak lari ade la kot tp risau kena kejar lak ngeee

    ReplyDelete
  45. tak tahulah nak cakap macam mana mungkin pengsan ataupun demam berhari-hari terkejut punya pasal

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...