Entry terbaru

Akhirnya Yue Yue Meninggal Dunia


3 hari lepas, facebook digemparkan dengan satu video yang menyayat hati sehinggakan mampu membuat sesiapa yang menonton tercengang. Mesti ada yang dah tengok video tu kan? sila tonton dibawah ini.


Mengapakah rakyat China sebegitu? tidak mengambil kisah tentang orang lain. Budak tu dah digilis berkali-kali sehingga lemah longlai. Darah memercik dan kelihatan seperti perut terburai. Orang yang lalu lalang disitu hanya pandang??? WT* laaa.

Bayangkan kalau anak sendiri kena, lepastu orang berdekatan tak kisah anak kau mengerang kesakitan. Apa kau rasa?



Setelah beberapa hari bertarung nyawa, akhirnya Yue Yue Meninggal Dunia

Budak malang berusia dua tahun yang menjadi mangsa langgar lari di China, meninggal dunia awal pagi tadi selepas seminggu bertarung nyawa di hospital. Wang Yue Yue meninggal dunia akibat kegagalan sistem badan berfungsi. Dia sebelum ini tidak sedarkan diri dan sukar diselamatkan selepas otaknya tidak lagi berfungsi. 

Kejadian berkenaan yang menyaksikan bagaimana Yue Yue dibiarkan begitu sahaja oleh 18 orang yang melalui jalan tersebut sehingga seorang wanita yang merupakan pengutip barangan lusuh menghulurkan bantuan. Wanita itu kemudiannya diangkat sebagai wira, namun kejadian tersebut mencetuskan perdebatan di internet yang mempersoalkan sifat perikemanusiaan penduduk China.


Malah dalam laman sosial China, Weibos, orang ramai meluahkan kemarahan dan sedih dengan insiden itu. Selamat tinggal Yue Yue, tiada lagi kenderaan di syurga.


Yue Yue, selamat tinggal, dan jangan lagi dilahirkan sebagai rakyat China pada masa depan,” demikian antara tulisan yang diluahkan oleh blogger di China mengenai kematiannya.

Sumber: Facebook

11 Comments
Tweets
Comments

11 Comments:

  1. kesian gile budak nih.. kecik2 dah terpaksa menahan sakit

    ReplyDelete
  2. elok lah dia pergi..walaupun mak bapaknya kafir..anak itu suci..dan di tempatkan di syurga..sesungguhnya Allah Maha mengetahui.

    ReplyDelete
  3. serius saya nangis time tengok hari tuh!

    ReplyDelete
  4. haaaa
    bawu dpt tgk..dok cri2 videonya
    masyaAllah.
    napelah kan..
    emmm..kejaammmm nyela...aduhai,,,,

    ReplyDelete
  5. kesian sangat dia... hurm.. semoga kat Malaysia x akan terjadi hal yang serupa...

    ReplyDelete
  6. ajal dia..tapi mmg menyayat hati sape yg tgk video tu..rasa sedih teramat.. :(

    ReplyDelete
  7. 2 tahun.. sebaya anak sis aje.. xdpt nk bayangkan apa yg dilalui oleh yue yue ni.. budak sekecil ini apalah yg mampu dihadapi kan? sis bila anak sakit sikit pun dah x keruan.. inikan pula dilanggar mcm ni.. Nauzubillah. minta dijauhkan dari keluarga kita. Apa2 pun pendapat sis lebh elok dia pergi dari hidup menanggung deritakan...

    ReplyDelete
  8. kesian btol la bla bce tntg bdak ni..

    ReplyDelete
  9. ade cerita di sebalik cerita..nak tw?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...