Entry terbaru

Aku tahu kau penghuni Neraka!


Opssss! layak ke kita manusia biasa membuat statement seperti itu? Seburuk dan sejahat mana pun peragai seseorang itu, harus diingat bahawa Syurga & Neraka adalah urusan Allah. Kita tidak berhak menentukan dan bersangka-sangka.

TAPI, apa yang mampu kita lakukan adalah membantu mereka yang tersesat jalan itu kembali ke jalanNya. Nak bantu pun ada cara serta tertibnya. Bukan pakai buh ja.

Kali ni ada dua perkara yang ingin diketengahkan. Pertama masalah remaja perempuan zaman sekarang, yang seronok upload gambar dalam facebook. Semua gambar di upload dari gambar biasa sehingga gambar ke dalam toilet. pekejadahnye ini semua?



Trend sekarang, budak-budak ni amik gambar close up kasi nampak muka dan peha. errrmmmm? Nak tunjuk peha yang putih gebu kot. Ada artis Hollywood ke yang mereka ni tiru?

Isu kedua adalah mengenai "Lelaki Separuh". Zaman sekarang ni lelaki-lelaki lembut dah tak malu nak mengaku diri dia lembut. Slumber je pakai handbag, purse, make up macam perempuan di khalayak umum. Bila nampak lelaki hensem, mula lah tak keruan. pekejadahnye tu?


Dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata: Rasulullah saw telah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan menyerupai lelaki. Dan dalam riwayat lain, Rasulullah telah melaknati orang-orang yang menyerupai perempuan dari kaum lelaki dan orang-orang yang menyerupai lelaki dari kaum perempuan. (riwayat Bukhori)

TAPI, mengapa tidak sedar-sedar lagi wahai kaum adam yang sudah tergelincir dari landasan? Ada pula yang berbangga jadi seperti itu, hilang aibnya.


Jom layan video ni, aku dedikasikan untuk korang haha..


15 Comments
Tweets
Comments

15 Comments:

  1. Inilah tandanya dunia dah dipenghujungnya... dah x ada rasa malu dlm diri manusia.. bangga dan gah bila berbuat sesuatu yg keluar dari landasan agama Islam...

    ReplyDelete
  2. kita tak layak menuduh org ttg penentuan di sana kelak sbb siapa tahu satu saat nnti mereka berubah :')

    ReplyDelete
  3. hoh? pebende sampai pix dlm toilet pun nak upload. xde kemaluan(sifat malu)ke ape.

    ReplyDelete
  4. aihhhhh
    tulahhh

    kekadang segan sebb seolah diri sendiri pulak ditayang2

    sebab perbuatan deme ni kan..

    ReplyDelete
  5. sama-samalah kita menginsafi diri..dunia semakin tua..umur kita pon semakin dekat dengan kematian..:)

    ReplyDelete
  6. sepatutnya kita kena bersyukur dgn apa yg kita ada. dan sebagai ibu bapa kena sentiasa pantau apa yg berlaku pada anak2~
    dan kita sendiri kena pandai dalam memilih kawan

    ReplyDelete
  7. kita doakan mereka2 itu berubah ye..:D Allah lebih mengetahui ~ huhu

    ReplyDelete
  8. mintak dijauhkan dgn benda2 ni semua dari famili dan umat mukmin dan mukmina..kita belum tentu nasib kita..cuma harapan dan doa agar kita termasuk org2 yg beruntung

    ReplyDelete
  9. terkedu hamba dengan sikap remaja kini..mintak dijauhkan segla macam ini..nauzubillah,,,

    ReplyDelete
  10. pekejadahnya tu!

    Biasa orang buat statement, dunia akhir zaman.

    Yah! Ada idea nak bagi abang bobo. buat post pasal, orang selalu bagi alasan Dunia Akhir Zaman.

    ReplyDelete
  11. ada yg berani kata dia tak menyesal pun jadi mcm tu..sombong betul!!dia tak tahu la tu azab Allah sgt pedih..berani2 nya dia gomong begitu..mudah-mudahan dia di beri petunjuk..

    ReplyDelete
  12. mmg btul pun..ppuan yg tgk pon naik segan apetah lg laki. dorg mmg saje nk nunjuk. malu3

    ReplyDelete
  13. hmmmmm...takutnyaa... dunia dah akhir zaman ni...macam-macam..

    ReplyDelete
  14. dq bnyk sgt perkara pelik2 berlaku skang...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...