Entry terbaru

Ayu Raudhah Keguguran



Impian pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak untuk menimang cahayamata sulung berkecai apabila pelakon filem ‘4 Madu’ itu mengalami keguguran tiga hari lepas. Ayu yang hamil enam minggu disahkan keguguran selepas empat hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya sejak 22 Oktober lalu.

Biarpun berita gembira kehamilan Ayu baru tersebar minggu ini, namun nampaknya rezeki tidak berpihak kepada pasangan muda ini. Ayu mengalami pendarahan ketika menjalani penggambaran drama ‘Gemersik Kalbu’ untuk slot Akasia TV3.


“Ya, saya mengandung enam minggu tapi sekarang dah tak ada lagi. Saya baru gugur tak sampai seminggu. Mulanya saya tak tahu saya mengandung sebab bila periksa, keputusannya negatif. Saya sekali lagi membuat ujian kehamilan dan doktor akhirnya mengesahkan saya hamil. Ketika itu garisan di alat ujian kehamilan menunjukkan dua garisan, di mana satu lagi samar-samar. Doktor beritahu kandungan saya mungkin tak kuat.

“Masa saya tahu saya mengandung, Zaquan orang yang paling gembira. Bila gugur, kesian kat dia sebab dia yang paling teruja, berganda-ganda dari saya. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Bila disahkan mengandung, keesokan harinya saya pergi menjalani penggambaran drama, ‘Gemersik Klabu’. Waktu itu saya ‘turun darah’. Saya terus pergi ke hospital. Empat hari selepas berada di hospital, baru saya disahkan gugur. Tak ada rezeki, tak apalah. Mungkin itu yang terbaik,” ujar Ayu ketika dihubungi sebentar tadi.

Apabila ditanya adakah gosip keretakan rumahtangganya baru-baru ini menyebabkan dia tertekan sehingga mengalami keguguran, Ayu memberitahu, “Tak adalah. Tak ada efek pun orang cakap macam tu. Alhamdulillah, saya bahagia sangat-sangat dengan suami.

“Kami langsung tak gaduh. Malah dia yang banyak pujuk dan kuatkan semangat saya selepas keguguran ini. Tiap-tiap malam dia teman saya di hospital walaupun sekarang dia sedang sibuk berlatih untuk perlawanan akhir Piala Malaysia esok. Saya tak hirau apa orang nak cakap tapi kami sangat bahagia,” kata Ayu.

Sumber: Gua

22 Comments
Tweets
Comments

22 Comments:

  1. kesiannya...
    IAllah semoga dimurahkan rezeki lagi utk psgn ini :)

    ReplyDelete
  2. mmm...br jer dengar berita dia mngandung baru2 nih kan....

    ReplyDelete
  3. tak ada rezeki lagi...insya Allah, akan datang pasti ada berita gembira :)

    ReplyDelete
  4. kadang2 keputusan negatif tapi kena cek berkali2..berhenti la berlakon tu :D

    ReplyDelete
  5. lom ada rezeki kan. xpe muda lagi. huhu

    ReplyDelete
  6. wah blog imbobo da baru.. :)

    na uat cane blom ada rezeki lettew..

    ReplyDelete
  7. bersabar laa ayu and deq wan :))

    ReplyDelete
  8. xde ade rezeki lagi..semoga cepat2 timang baby...

    ReplyDelete
  9. nak buat macam mana..belum sampai rezeki.

    ReplyDelete
  10. kesian..tp mungkin x de rezeki..

    ReplyDelete
  11. kesiannye..xde rezeki la.. klau aku pun hmmm

    ReplyDelete
  12. belum ada rezeki lagi..mungkin lain kali ada rezeki...:)

    ReplyDelete
  13. rezeki belum sampai la tu. sentiasa ada hikmah di seblaik apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  14. mmg nak tag ko tp limit 11 org je. nak ikut ramai yg nak tag. tak nak kene sorang sorang kan. hahahahaha... pening kpla kot nak jawab soalan soalan tu. tp seronok jgk la bila baca jawapan2 yang jujur ada, yg sempoi ada, yg loyar buruk pun ada.

    ReplyDelete
  15. aduhai
    x de rezeki kan
    emm3
    siannyela
    semoga rezeki lebih lagi bile mencube lagi kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...