Entry terbaru

Kenapa Isteri Cemburu


Ramai lelaki tidak faham kenapa wanita selalu cemburu. Walau apapun yang dilakukan, isteri yang cemburu tetap cemburu. Cemburu sebenarnya manifestasi hilangnya rasa selamat di hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan..


Menurut pakar psikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila berkahwin dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber pertama adalah tingkah laku suami atau layanan suami kepadanya. Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah laku positif..

Sumber kepuasan kedua datang daripada makna yang diberikannya terhadap tingkah laku suaminya. Perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mencipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita. Perkara yang dilakukan suami diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa kepuasan yang sangat tinggi..

Tetapi bagaimana wanita memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas perbuatan dan tingkah laku suami? Berikut adalah kriteria digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas setiap tingkah laku suami:

Bercakap Dan Berbual Mesra Dalam Tempoh Lama.
Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita yang menjadi rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka..

Tetapi bagi wanita, perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang dan berbual mesra dengan wanita lain..

Usik Mengusik, Bergurau Senda Dan Bergelak Ketawa.
Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya saja, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita..

Mencurahkan Masalah Peribadi.
Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Justeru, apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah laku itu jatuh menjunam di mata si isteri..

Bagi si isteri, tingkah laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu bahkan menimbulkan rasa cemburu yang sangat kuat..

Eksklusif Tanpa Isteri.
Lelaki melakukan pelbagai perkara dengan orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai rendah oleh isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.

Inklusif.
Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan baik dengan isterinya atau dengan orang lain, contohnya makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya atau orang lain.

Perbuatan ini diberi nilai sederhana tingginya oleh itu isteri berasa sederhana puas apabila makan dengan suaminya. Suaminya duduk makan semeja dengan rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.

Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah laku itu turun ataupun hilang sama sekali.

Akibatnya, tingkah laku suaminya itu tidak lagi memberi kepuasan kepadanya...


Sumber: Enco Encho

Bajet 2012, suami diperuntukan untuk berkahwin 4! hehe


21 Comments
Tweets
Comments

21 Comments:

  1. cemburu tanda syg tau..huhu..
    klau lbh2 sgt nk penampor tu jwb nye..

    ReplyDelete
  2. hehe bobo mesti tak sabar2 nak kawen kan? hehehe mcm tau2 je perempuan rasa

    ReplyDelete
  3. cemburu itu tanda sayang.. :)


    ewwww... aku nampak ea bajet 2012 yang ko tulis tu.. hehhehe~~

    ReplyDelete
  4. setuju ngan semua yg di atas :)

    ReplyDelete
  5. ase cam sume laki kene bce entri ni
    sebb mungkin segelintir lelaki payoh sikit nak bace
    bahasa gerak tubuh lidah mulut mata tgn wanita
    hehehe
    suke entri ni!

    ReplyDelete
  6. masa mula-mula dulu cemburu,ada la sikit...skrg dah tak lagi..ehh,tapi saya tak pandai la nak cemburu2 ni..

    ReplyDelete
  7. info yg bgus..
    cmbru tanda syg :)

    ReplyDelete
  8. sebab tu ade kata2 CEMBURU TANDA SAYANG..hehe..naluri wanita selalu begitu lah..kalo hati sudah suka,semua indah saje..lalala~ :P




    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  9. kalau kuat cemburu sgt pon tak boleh..cemburu tu biar la bertempat...

    ReplyDelete
  10. kalau makwe jeles kat pakwe.
    okay jugak kan?
    hehe
    :)

    ReplyDelete
  11. na kne share kt bakal asben ni.. haha.. :P

    ReplyDelete
  12. urm lpas bc entry ni 2-3x, tetibe tringat dulu wife bos sanggup kiss laki dia depan aku sbb boss terpanggil wife dia ngan nama aku LOL

    ReplyDelete
  13. betul2...tapi kalau tanpa cemburu..apalah ertinya sayang

    ReplyDelete
  14. cemburu... mcm2 makna cemburu sebenarnya.. tp pada akak semua yg iMBobo sebutkan di atas adalah memang patut dicemburui oleh si isteri.. cuba kita fikir semula kenapa kita perlu berkahwin? mmg tak sepatutnya lelaki @ suami bergaul mesra dgn perempuan lain selain isterinya, bila ada masalah sepatutnya juga isterilah tempat mengadu, selayaknya mmg isteri yang boleh makan semeja dgn suami... semua ini ada sebabnya... dlm Islam sendiri menyarankan kita utk menjauhkan maksiat.. apabila duduk lelaki & wanita, bergaul mesra lelaki dan wanita yang bukan suami atau isteri.. tgh2 ada apa?? fikir2kanlah...

    semua yg disebutkan bkn saja2 utk isteri cemburui tp ia mmg patut utk dicemburui krn itu adalah hak seorg isteri bukan perempuan lain..

    renung2kan dan selamat beramal.. :)

    ReplyDelete
  15. cemburu tu cute tau,, hahha best entry

    ReplyDelete
  16. cemburu tande sayang kan..same jugak ngan laki..tapi tu la kadang2 org laki ni x peka ermm..aduh tensen kan.. :)

    ReplyDelete
  17. kalau tiada cemburu tu masalah..
    tapi cemburu pun kena bertempat kot.. kalau dalam kes suami isteri cemburu tu perlu! ;P

    ReplyDelete
  18. suami & isteri berkongsi segalanya..

    ReplyDelete
  19. cemburu ckit2 xpe lah..asalkan bertempat..jgn lah lebih..
    cemburu tu kan tanda nya syg..=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...