Entry terbaru

Kenapa Siti Nurhaliza jadi Juri tetap Maharajalawak Mega?


Ramai yang tertanya-tanya kenapa Siti Nurhaliza bersetuju menerima tugas sebagai juri tetap dalam Maharajalawak Mega. Siti ni tak busy ke? Mengapa pilih program itu? Kenapa tak pilih program nyanyian?Suka hati dia lah kan?haha. Namun Siti ada sebab tersendiri,
“Pada mulanya memang Siti rasa tidak yakin untuk terima tawaran ini sebab Siti bukannya pandai tentang lawak jenaka. Tetapi, pihak Astro beritahu itu adalah sebab utama mereka memilih Siti. Mereka mahu barisan juri tetap ini tidak ada kena-mengena dengan lawak jenaka atau komedi.  Mereka mahu komen yang jujur mewakili penonton yang juga tidak arif tentang lawak jenaka. 


Setelah difikir-fikirkan, Siti sedia terima tugas ini. Lagipun Siti memang mengikuti program komedi ini iaitu sejak  musim Raja Lawak. Siti suka tengok sebab ia menghiburkan dan boleh menghilangkan tekanan setelah sentiasa sibuk dengan jadual kerja yang padat,” ulas Siti.
Siti juga berpendapat bahawa program ini sangat bagus kerana menggabungkan pelawak-pelawak dari 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singgapura.

“Dengan adanya program sebegini kita boleh melihat bagaimana pelawak-pelawak lebih senior dan berpengalaman menggarap idea mereka. Kalau kita lihat tadi (kelmarin), kebanyakkan yang senior lawak mereka lebih bersahaja. Dengan idea yang ringkas mereka dapat membuat penonton ketawa.
Selain itu, kita juga boleh melihat cara dan gaya pelawak-pelawak dari Singapura dan Indonesia. Ada bezanya, tetapi tetap menghiburkan,” tambah Siti lagi.

Harus diingat, program Maharajalawak Astro ni mempunyai rating yang sangat tinggi, sebab tu Astro teruskan. Jom Undi BOBOI :)

p/s: Misteri blogger selalu buat kacau bernama "Minah" terungkai. Jom tinjau sebagai langkah berjaga-jaga.

25 Comments
Tweets
Comments

25 Comments:

  1. wee
    kekadang bagus jugak owg yg 0 ttg lawak ni jadi juri kan..

    ReplyDelete
  2. tak suka! tak best! huhu sy seorang yang serious! (sambil buat muka serius)

    ReplyDelete
  3. bukan siti je yg jd juri ttp. Kita pon automatic jadi juri jugak. Betul jugak kan, ambil orang yang xde kaitan dengan industry lawak untuk jadi juri. Jadi baru la kita tahu lawak tu menjadi atau tak. Tapi lagi suka dengar Chef wan punya komen. Sentapppp...

    ReplyDelete
  4. eh ct ada gak eh sbgai juri.. xtgk abes ai2 MLM ni..

    ReplyDelete
  5. untonglerr Dato' Siti jd plhn :)

    ReplyDelete
  6. haha.. siti layak ke? SPM cukup2 makan je?

    ReplyDelete
  7. bestnye! tak follow pun this issue.. baru tahu!
    siti jadi juri?
    rasenye sebab siti tue popular la...
    kalau dia amek ntah sesapa jer, nti mesti orang negara luar mempertikaikan kreadibiliti juri tue..

    kalau siti.. hm.. sume kenal.. habis cerita... :)

    ReplyDelete
  8. ala comey-comey haha..
    aku tak berapa setujulah.. kalo yang lebih arif pasal bidang ni kan bagus..boleh tahu yang mana nak perbaiki..

    Datp’siti.. im sorry. ala comey2..

    ReplyDelete
  9. sbb nak naik kan lagi rating kot

    ReplyDelete
  10. macam pulun je....
    siti pon jadi juri untuk vokal kat tv3 malam ni gak

    ReplyDelete
  11. Tp nape ade adlin aman? Tak phm tolllll.. Die lawakkah? Sy sedang berpk.. Ok gud nite imbobo!! Hehehe~

    ReplyDelete
  12. akak rasa dato St nak cr lubang lain laa almaklum ramai pucuk muda dalam bidang nyanyian.. yg otai kene cuba menda lain la plak.. pas tu astro pun pandai kalau dato' st kan ramai yg suka, so ramai yg setia depan tv semata2 nak tengok pipi gebu dia...

    ReplyDelete
  13. bagus jugak idea Astro neh
    sesekali bg peluang org tak mahir komen
    at least leh nampak perbezaan nya

    ReplyDelete
  14. aku suka chef wan punya kritikan!hehe

    ReplyDelete
  15. aishhh,xdapat tgk... channel bp nihh

    ReplyDelete
  16. jadi juri pulak dah..hmmm

    psst : yang imbobo tanya tu..cuba search,

    apa itu sitelink

    apa itu sitelink google

    nnti awak akan faham,

    ok hmm

    ReplyDelete
  17. nape x amik cekup je mane2 penonton. ekekekke

    ReplyDelete
  18. kan best kalo sepah pun join..

    ReplyDelete
  19. tu la..aq pun mula2 hairan jugak..apesal semua juri takde kena mengena dengan lawak...heee..

    paling best memang BOBOI la...haha~

    ReplyDelete
  20. hmmm..tengok la nnt kan...boboi yg terbaek nyer..haha

    ReplyDelete
  21. cayalah Astro...bukti yang kukuh...

    ReplyDelete
  22. aku pun tak mengerti =='

    ReplyDelete
  23. mungkin dato siti pemes sebab tu ajak die jadi juri tetap, kan ade pelawak luar masuk sekali (:

    ReplyDelete
  24. ptot la.. sebelum ni pelik gak ngan kak siti ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...