Entry terbaru

Menjadi Tunangan orang tanpa disedari?


Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?


Jawapan
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila persetujuannya perempuan tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab pinangan tersebut.

Gambar hiasan. Kenal ke lelaki tu? HAHA
sumber: Facebook

22 Comments
Tweets
Comments

22 Comments:

  1. errrr mcm kenal LELAKI tu :P




    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  2. nsb baik tak der yg melamar lg
    hahaa ^^

    ReplyDelete
  3. bertunang plak? imbobo nak bertunang ker? hehehehehe

    ReplyDelete
  4. pernah bace dlaam perkongsian notes kt FB

    ReplyDelete
  5. wah,,salam kenal ,,,
    menarik ni,,
    saya share keh :)

    ReplyDelete
  6. kalau cm nie..dh byk kali tunang n putus tunang..

    ReplyDelete
  7. kompius gak bce tntg ni kt fb.. huhu

    ReplyDelete
  8. ehh macam kenal lelaki tu. hehek!
    em byk kali gak bce info ni ^^

    ReplyDelete
  9. HAHAHAHAHAHA laki tu mcm kenal je.. tp bukan psangannye ehem ehemmm ! hakhak... ehh serius ke ekk klu kita stuju dh sah jd tunangan org ? adeii...

    ReplyDelete
  10. Kalau lelaki tu kata, "sy nak kawin dengan awk."
    Pompuan pulak cakap,"tak nak pun."
    eheee~ terbuat cite lain pulak.^^

    ReplyDelete
  11. jd berhati2 lah ye wahai kaum hawa hehe,kaum adam pun kne berhati2 kang jatuh cinta dgn tunangan org plak ngeee

    ReplyDelete
  12. Salam;
    Kita org melayu dari dulu lagi lebih kepada adat dari pada agama..sebagai contoh perpatah ni "biar mati anak jangan mati adat"lagi molek kalau "biar mati anak jangan mati Islam."

    ReplyDelete
  13. baru terbaca ulasan di blog terfaktab tadi..menarik ulasannya, cerrr bobo view :)


    sapa tuuu??

    ReplyDelete
  14. fuh selamat..
    ak blum lg jdik tunang org hahaha

    ReplyDelete
  15. eh cane kalo mse kapel, dorang ckp si lelaki ney hubby dye,gurl ney wife dye..pastu tetibe dorang clash tapi ade kemungkinan utk berbaek balek..takpe ke laki laen masuk meminang?? huhu

    ReplyDelete
  16. ha..ha.,
    so moralnya..
    nak ckap apa2 pkir dlu :)

    ReplyDelete
  17. huhu.
    suka entry ni . ^_^

    ReplyDelete
  18. kawin truz ar lg senang ,apa pn xblh,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...