Entry terbaru

Mohon Bantuan untuk Azean Irdawaty



Menurut Azean Irdawaty, adalah memalukan baginya untuk meminta sumbangan orang ramai bagi membiayai rawatan kansernya, tetapi dia tiada pilihan. Bil perubatan Azean mencecah RM 30,000 sebulan dan dia pula adalah penyumbang pendapatan utama dalam keluarga. Menurut DailyChilli, ratu filem Malaysia itu, sekarang terlantar di atas katil sahaja dan sedang melawan kanser tahap keempat. Kanser sudah merebak ke tulang belakangnya, menurut doktor.

Azean ditemani dua jururawatnya

 Saya sudah pergi ke hospital kerajaan tetapi mereka tidak melayan saya dengan baik, jadi saya berada di Hospital Beacon kerana salah seorang peminat saya ialah doktor di hospital ini dan dia menaja rawatan saya di sini selama seminggu.
Beban kewangannya adalah disebabkan oleh CyberKnife (satu rawatan radiosurgeri terbaru untuk membunuh tumor), bekalan ubat-ubatan, jururawat-jururawat peribadi, pakar fisioterapi, lampin dewasa dan yuran guaman anaknya, Benjy yang ditahan polis kerana penyalahgunaan dadah tahun lepas. Tetapi Azean yang disukai ramai kerana karismanya sebagai seorang aktres, menunjukkan semangat juang yang tinggi.
Saya bukan jenis yang akan bersedih dan bertanya ‘kenapa saya’? Saya pilih untuk kekal positif. Saya mahu berasa sihat dan meraikan setiap detik dalam kehidupan saya.
Dia juga dikatakan mahu kelihatan segar kerana itu dia mengenakan solekan di hospital. Katanya sambil ketawa:-
Apabila saya mula dikesan dengan kanser payudara tahap ketiga pada tahun 2007, doktor kata saya hanya ada masa 2 tahun untuk hidup dan dia meminta saya untuk menulis wasiat. Tapi saya beritahu doktor yang saya minta Tuhan untuk hidup 20 tahun lagi, dan saya masih di sini.
Peminat-peminat yang bermurah hati boleh menyumbang kepada Azean melalui:-

Akaun bank  RHB: 16240100009490

Sumber: Beautifulnara
p/s: sebarkanlah info ni supaya kak yan cepat dapat bantuan, walaupun sikit, lama-lama akan jadi bukit.

14 Comments
Tweets
Comments

14 Comments:

  1. Sdih tgk kak yan. My mom mmg suker giler dia ni. Hr tu my mom dah ada tolong skit. X byk la kan. Cam ko ckp, skit2 lama2 jd bukit. Sama2 kita mdoakan kak yan cpat sembuh

    ReplyDelete
  2. sedih membace nya

    hanya mampu medoakan yg terbaik utk nya

    ReplyDelete
  3. semoga kita dapat membantunya

    ReplyDelete
  4. ciannye die kan..semoga die cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  5. macam manalah nak bantu yer..humm. kalau dari segi kewangan mmg tak cukup.

    ReplyDelete
  6. hayoooooo
    cian nye kat akak artis ni...
    emm
    semoga dipermudahkan urusan semuanya...

    ReplyDelete
  7. semoga kak yan cepat sembuh....

    ReplyDelete
  8. ada button share tu senang je nak sebarkan kan.

    oit.nak join tgk hadiah dulu ek. hhehehe..

    ReplyDelete
  9. saya tak mampu nak menderma..
    harap kak yan cepat sembuh..
    amin:)

    ReplyDelete
  10. berisi nampak kak yan ni eh..
    semoga die dapat bantuan secepat mungkin..

    ReplyDelete
  11. kesiannya dekat azean. semoga dia cepat sembuh :P

    ReplyDelete
  12. Haihhh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...