Entry terbaru

Review : Al Hijab



Ada yang dah tengok tak? Last week aku tengok filem ni kat GSC, One Utama, Bandar Damansara. Masa tu tak ramai pun tengok, tak lebih suku panggung, dalam 20 orang je. Mungkin sebab hari pertama ramai dah serbu kot.

Firstly, congrats to Pierre Andre sebab satu lagi filem yang dia hasilkan sangat gempak! Sepanjang tengok filem ni aku asyik tengok belakang sebab rasa macam ada orang, tapi memang ada orang pun hehe. Tapi serius lah memang seram dan hampir terjerit dalam panggung. Ini semua gara-gara sound systems.

Cerita ni mengisahkan Rafael (PA) dipilih memegang watak utama dalam filem yang akan diterbitkan, tapi yang menjadi masalah baginya ialah dia tidak ada perasaan takut oleh itu tidak ada feel katanya. Satu hari dia dapat tahu tentang hijab, dan dia terasa ingin membuka hijabnya supaya dapat melihat hantu.

Lepas dah buka, tak senang duduk lah kan, baru kau tahu benda sebenar. Nak tahu apa yang jadi seterusnya sila lah ke panggung hehe. Tak rugi pun ok? Memang puas hati dan berbaloi-baloi.

Cuma bab alih suara tu kena perbaikki sikit. Yang lain mantap! Secara keseluruhan aku bagi 4 setengah bintang!! :)

p/s: Filem ini tidak sesuai tidak sesuai ditonton oleh ibu mengandung dan mereka yang ada darah tinggi serta sakit jantung.




29 Comments
Tweets
Comments

29 Comments:

  1. dah tengok dah... memang terbaik filem ni.. tak lah macam filem bini biniku gangster yang tah pape tuuuu...

    ReplyDelete
  2. errrr xmo la tgk kat panggung.. tunggu kuar kat astro je.. kihkihkih

    ReplyDelete
  3. ada yg komen kat twitter cerita ni patutnye jadi short film je, sbb di perpanjangkan. tp rupanya not bad eh.

    ReplyDelete
  4. Rajinnye imbobo tgk wyg kan.. Hehehe.. Bgus2.. Next time nk tgk wayang p blog ni dlula.. Heee.. :P

    ReplyDelete
  5. best ke? maera tak suke filem seram..takut terbawa-bawa mimpi.huhu~

    ReplyDelete
  6. ha3 tak pegy tgok lagi :) fulus ta da :)

    ReplyDelete
  7. eeerr.. seram kot, hijab terbuka..
    member aku jadi gile sebab buka hijab r.

    ReplyDelete
  8. arisha masih tidak dapat nonton filem ini. *sobbing :'(

    ReplyDelete
  9. saya suka tengok cerita seram, sebab saya penakut baru feel hehe

    ReplyDelete
  10. dulu minat tengok tapi sekarang entah macam malas nak tengok...mungkin jantung kancil sudah ndak boleh terima kejutan,..hehehe

    ReplyDelete
  11. Nak tengok haritu!!
    tp sorg jer fans citer melayu.. yg laen fans citer mat saleh.. huuuu... T,T

    ReplyDelete
  12. semua kritik bab dubbing suara kan..nnti nk tgkla hehe

    mak sy tak leh tgkla kalo camni hoho

    ReplyDelete
  13. Nak tengok... Suka citer seram ni walaupun msred penakut melampau...

    ReplyDelete
  14. menarik jugak movie ni..ptt tajuk dia camtu.. :)

    ReplyDelete
  15. kaki wayang rupanya si imbobo ni..

    ReplyDelete
  16. hamba baru je tgk siang td..best! hamba suka cerita horror pieree..mangubah persepsi hamba mengenai cerita hantu melayu yang dulunya agak kuno dan xscary

    ReplyDelete
  17. Belum tengok lagi. Kawan2 cakap, movie ni memang best and agak seram.

    ReplyDelete
  18. Ooooo...belum tgk lagi...nanti kalau ade masa tgk... :D

    ReplyDelete
  19. dah tengok! tapi yg the making je la..hehe

    ReplyDelete
  20. siap ada amaran lagi~ dah lama tak tengok wayang~

    ReplyDelete
  21. bobo!
    heeeeee
    lame dh x mai sini
    dh tgk jugak
    sakit jiwaaaa sy
    huuuuu

    ReplyDelete
  22. wooooo....4.5/5 bintang...byk tuuuu.....eeee mesti seram tahap gaban...kompom mata xleh tdo nnt...

    ReplyDelete
  23. ramai yg kata best... kena tgk ni :)

    ReplyDelete
  24. teringin jugak nk tgk..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...