Entry terbaru

Review: Libas




Baru je lepas tengok filem Libas ni. Antara pelakon yang turut menjayakan filem ni ialah seperti Rosyam Nor, Scha Al Yahya, Beego, Johan Raja Lawak,dan lain-lain.


Sinopsis:
LIBAS merupakan sebuah kisah perebutan bola raga pusaka dari zaman Kesultanan Melayu Melaka yang telah jatuh ke tangan negara jiran, Thailand. Raja Libas berusaha bagi mendapatkan semula bola raga pusaka dipertandingan “Libas" yang merupakan satu pertandingan/pertarungan sepak takraw yang diadakan secara unik dan bersifat brutal serta menggabungkan kepakaran seni mempertahankan diri dan skil sepak takraw itu sendiri.

Lantaran itu Raja Libas terpaksa mencari muka-muka baru untuk dilatih bagi menentang pasukan lawan dan seterusnya memastikan supaya maruah negara dapat ditebus semula. Pencarian Raja Libas membawa kepada penemuan Hamidi seorang pemuda bandar yang mempunyai skil menimbang bola dan Ku Mok seorang lelaki gemuk yang mempunyai tandukan tajam dan berbisa. Bagi melengkapkan 3 pemain, maka Megat telah menawarkan diri.

Dalam masa yang amat singkat Raja Libas terpaksa menurunkan segala ilmu tentang LIBAS kepada Hamidi dan Ku Mok yang masing-masing tidak tahu langsung bermain sepak takraw..

Aku tertarik nak tengok filem ni sebab ada Rosyam Nor! hehe. Skrip kurang menarik sebenarnya, tapi gaya lakonan Rosyam Nor telah membuat skrip tak menarik jadi menarik. Filem ni banyak guna teknik CGI yang telah membuatkan ia nampak lebih menarik.

Watak Johan juga membantu membantu mewujudkan elemen lawak. Nama pun pelawak kan. Beego pula pada awalnya pengkhianat tapi pada akhir cerita dia kena pukul baru dia sedar. Watak Ratna yang dimainkan oleh Scha macam kurang peranannya. Unsur pencintaan tidak difokuskan dalam cerita ni.

Secara keseluruhan boleh bagi 3 setengah bintang tapi 5 bintang untuk Rosyam Nor hehe.



Yang belum tengok filem Libas, esok pergi lah tengok ye :)

30 Comments
Tweets
Comments

30 Comments:

  1. sesekali tengok wayang apa salahnya kan..5 bintang,byk tu..

    ReplyDelete
  2. wah...macam best je nie...lebih2 lagi Kancil peminat Rosyam Nor...

    ReplyDelete
  3. Libas..? tak tengok lagi..aq da lama tak g pawagam ni..da berbulan agaknya...last g pawagam pon masa tengok Harry Potter 7 dulu...hee..

    ReplyDelete
  4. ada rasa mahu tengok jugak =)

    ReplyDelete
  5. dah lama tak ikut perkembangan filem baru.. ketinggalan sungguh rasanya...

    ReplyDelete
  6. dah lama tak ikut perkembangan filem baru.. ketinggalan sungguh rasanya...

    ReplyDelete
  7. Best ek??tiket free ada tak..haha..:P

    ReplyDelete
  8. owhh dah tgk eh bobo??
    cik ana kureng minat plak nk tgk..
    adik lelaki cik ana kondem kaw2 cite ni..mybe dnlod je kang..hehe







    luv,
    cik ana.

    ReplyDelete
  9. promotion citer ni kuranglah.... jadi nampak macam tak best...

    ReplyDelete
  10. nampak macam biasa-biasa je.
    tp en.bobo bg bintang bnyak.
    adeh.. keliru nk tengok movie mana satu ni. hehe

    ReplyDelete
  11. mmm..tajuk pun mcm tak berapa best jer..

    ReplyDelete
  12. ade scha terus x bminat nak tgk..

    ReplyDelete
  13. ohhh agak ketinggalan. tak pernah tengok pun thriller cerita ni kat tv.

    ReplyDelete
  14. hehehe
    mari melias dan libosss!=]

    ReplyDelete
  15. huhu .. tak tengok lagi ..

    ReplyDelete
  16. boleh la kita melibas..jom imbobo belanja bro tengok wayang

    ReplyDelete
  17. lom tgk lg citer nih..best x part2 aksi?

    ReplyDelete
  18. Gabungkan Shaolin Soccer dengan Mortal Kombat, but keep in mind yang ini filem hasil anak tempatan dan merupakan karya sulung MDAG = maka jadilah Libas…menarik sebab cam something new, tapi masih banyak yang boleh diperbaiki (kakiwayang.com)

    ReplyDelete
  19. Selalunya kalau ade rosyam nor mmg best ar..pelakon terbaik dia tu!..nnt nak tengok la..weee

    ReplyDelete
  20. Haaa msti tak bes sgt kan... Hehehehe..

    ReplyDelete
  21. teringin nak tengok sebab ada johann.
    heeee
    :)

    ReplyDelete
  22. cerita merepek meraban. tapi nasib baik ada si hensem rosyam nor..

    ReplyDelete
  23. belom tgk lagi lo... huhuk cm best nak g tgk la^^

    ReplyDelete
  24. cam best je cite ni? lama dah aku tringin nk tengok.. tp kena download dulu r

    ReplyDelete
  25. tgk kat astro jela.. hehehehe

    ReplyDelete
  26. ika lom tgk lg,ramai yg ckp best huhu,nk kne tgk ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...