Entry terbaru

Look Out Point Ampang


Sabtu hari tu agak bosan duduk rumah, tiba-tiba terfikir nak lepak kat Look Out Point. Kepada yang belum datang ke sana mesti nak tahu apa yang ada kat situ kan?


LOP ni terletak di Ampang, Bukit Langat. 280m dari aras laut dan hanya 20 minit dari KLCC. Kat sana ada 4 restoran iaitu Look Out Point Western Food, Gasoline Cafe, Haven Restaurant dan Panorama Restaurant. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Tapi view yang cantik rasanya kat Panorama Restauran. Sebab ada menara tinjau ni, boleh sakan bergambar hehe.

Sumber: Google (malam tak jelas menara ni)

Dah 3 kali bobo pergi, tak pernah nampak lengang, sentiasa ada orang. Tapi malam haritu bernasib baik dapat meja sebelah tepi kat puncak, memang cantik lah view :)


Masa datang tu ada orang tengah buat birthday party kat situ, memang agak meriah lah kan. Pelancong asing pun ramai gak yang lepak kat situ, rasanya dorang dari Jepun, Korea or China sebab mata cam sepet-sepet HAHA.


Environment sangat nyaman, rasa macam nak tidur je kat atas tu. Kalau datang malam cengini lah rupanya. Kalau pagi lagi cantik kot sebab ada awan kepal-kepal dan kabus. Harga makanan kat sini berbeza sikit lah kan dengan biasa tapi tak mahal sangat (tgk tempat lah kan).


Tempat ni dibuka dari 7mlm-2pg (weekdays) , 7mlm-3pg(weekends). Tips! datang selepas hujan lagi best sebab view lagi clear tanpa kabus :) Harga parking RM2 kalau perlukan khidmat jockey +RM3. 


Amacam? Best tak? kalau ada masa terluang bawa lah family ke kawan-kawan ke pergi makan angin kat sana. Senang je cari tempat ni, tak susah pun :)



10 Comments
Tweets
Comments

10 Comments:

  1. bawak ara p cna.. plz.. plz.. :D

    ReplyDelete
  2. menariknya...duk kl tak pnh terpikir kut gi tpt nih..huhu..sesal~

    ReplyDelete
  3. dah banyak kali gak pergi sini..hihi..kali terakhir pergi ada kem kat sini...sejuk!tidur dalam khemah je..;)

    ReplyDelete
  4. subhanallah.. cantiknya...
    teringin nak pergi. haish semua tempat nk pergi la^^

    ReplyDelete
  5. cantik view..nanti boleh la pegi :)

    ReplyDelete
  6. cantik jugak malaysia ni ye??
    ekkeke

    ReplyDelete
  7. Aku da lama nak pegi tp xtau jalan.senang ke nak jumpe?

    ReplyDelete
  8. penah naik la kat sini..tapi waktu petang..malam belum pernah lagi...heee~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...