Entry terbaru

Ohbulan suruh google gambar seksi?


Dalam satu artikel Ohbulan bertajuk FHM Girls: Zarina Anjoulie Kongsi Tips Payudara Mantap! Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah dikecam hebat di internet terutama dilaman-laman sosial. Ini kerana beliau memaparkan aksi yang menghairahkan yang telah menarik perhatian orang ramai.


Perang di Twitter, Facebook dan semua tempat, mencarut sana, mencarut sini semua tempat. Ish...ish...ish... Apa nak jadi ni? Diakhir artikel ohbulan tersebut macam menyarankan pembaca Google gambar Zarina yang lebih sexy.


Pada fikiran Bobo, rasanya macam tak wajar menyarankan pembaca untuk meng"google" gambar sexy tersebut. Ia seolah-olah mengajak orang membuat dosa. Yang gigih pula akan dapat dosa kering. Padahal masa masuk blog ohbulan tak ada niat pun nak tengok perkara-perkara macam tu. 

Ohbulan adalah salah sebuah blog pilihan pembaca selain Beautifulnara. Kerana kedua-duanya mempunyai konsep yang sama iaitu gosip artis sensasi. Harap pihak admin ohbulan dapat mengambil perhatian yang serius terhadap perkara ini.

Harap diterima sedikit teguran dari Bobo yang cetek ilmu agama ni. Macam lah admin dia baca blog cikai ni kan? hehe. Cuma apa yang penting kita saling beringat. Tapi blog ohbulan memang best! Bobo salah seorang pengujung setia!!

Ketahui perkembangan dunia hiburan sila lah ke ohbulan.com.

15 Comments
Tweets
Comments

15 Comments:

  1. betul juga kan..teguran membina takpe kan.. :)

    ReplyDelete
  2. hahahaha ( hanya mampu tergelak ).


    org bodoh je nak pergi search gambar2 mcm tu..

    ReplyDelete
  3. Betul kata boboi. tapi nak diikutkan, memaparkan gmbar dedah aurat sendiri dan orang lain pun berdosa juga;)tak seksi tai tetap xtutup aurat. bayangkan setiap hari buat.hehe.

    ReplyDelete
  4. haaaa Bobo ajak jenguk ke blog ohbulan tu pun dah kira berdosa sama kan.. hehehehehe sis mmg x baca blog2 gossip artis ni.. buat tambah dosa ajer.. kehkehkeh

    ReplyDelete
  5. nak buat apa la gambar camtu sme..huhu

    ReplyDelete
  6. aigoooo
    boleh pulak suruh owg search cenggitu
    aigoooooo

    ReplyDelete
  7. tak patut. sebab tu tak nak buat blog hiburan, banyak dosa terkumpul.. huhu~

    ReplyDelete
  8. kalau tak nak tengok pon,,dah tertengok dah kat beautiful nara..hehe

    ReplyDelete
  9. salam;
    Orang2 kita mudah lupa!!..

    ReplyDelete
  10. yuppp... kita hanya mampu menegur secara hikmah, otai nak trima tu hak mereka.. yg penting kita dah usaha...

    ReplyDelete
  11. imBobo... betul pe yg bobo kata.. x slh tgk blog org lain.. terpulang pada diri masing apa yg mereka mahukan... jgn salah anggap dgn komen sis yg awal td.. sekadar gurauan tak bertempat.. hehehehe

    ReplyDelete
  12. tak kenal la sape ni. hehehe..tp betl jgk ckp bobo tu. kalau buat ulasan pasal gamabr seksi artis lagi la pembaca akan gigih carik gamabr2 yg lain. skrg sume di hujung jari. tak bole nak sorok sgt dah.

    ReplyDelete
  13. bende yg tak elok ni kalo disuruh,mmg konfem2 la dibuat tanpa segan silu..kan bobo??? =P





    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  14. tak raw nak komen apa...






    sepatutunya bila sudah memiliki akal ley pk dah yg mane baik n buruk ;)

    ReplyDelete
  15. ohhh kaki gosip gak hang nih... huahahha.. <3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...