Entry terbaru

Rayuan Jimmy Wales : Pengasas Wikipedia




Google mungkin mempunyai lebih daripada sejuta pelayan. Yahoo mempunyai lebih daripada 13,000 staf. Kami hanya mempunyai 679 pelayan dan 95 orang staf. Wikipedia merupakan laman web ke-5 yang paling dikunjungi dan memberi maklumat kepada lebih daripada 450 juta orang dengan jumlah kunjungan laman melebihi bilion.

Perniagaan sememangnya baik. Pengiklanan bukanlah buruk seperti yang disangkakan. Namun begitu, ia tidak sesuai di sini dan terutamanya Wikipedia.

Wikipedia merupakan sesuatu yang istimewa. Seumpama suatu perpustakaan atau taman awam. Ia adalah satu mahligai untuk minda. Ia adalah suatu tempat semua orang datang untuk berfikir, belajar dan berkongsi pengetahuan satu sama lain.

Mengimbas kembali ketika saya mengasaskan Wikipedia, tapak ini mungkin boleh dibangunkan untuk memperoleh keuntungan melalui pengiklanan; akan tetapi, saya memutuskan untuk menjadikannya sesuatu yang berlainan. Kami telah berusaha keras selama ini untuk memastikan matlamat kami tercapai tanpa sebarang halangan.

Seandainya semua orang yang membaca mesej ini menyumbang $5, kami hanya perlu mengadakan pungutan derma selama sehari setiap tahun. Akan tetapi bukan semua orang mampu atau akan memberi derma. Kami tetap memahaminya.

Tahun ini, bantulah kami dengan memberikan sumbangan sebanyak $5, $20, $50 atau mengikut kemampuan untuk melindungi dan memastikan kemandirian Wikipedia berkekalan.

Terima kasih,

Jimmy Wales
Pengasas Wikipedia

iMBobo
Co-Founder Wikipedia :p

20 Comments
Tweets
Comments

20 Comments:

  1. terima kasih co-founder! :D

    ReplyDelete
  2. nak tambah boleh?

    reader of wiki
    aimieamalina,

    kekeke

    ReplyDelete
  3. Amboi..kemain lagi...co-founder. hahhaa xD

    ReplyDelete
  4. memang btol pn.. wiki memang byk info,, kalau xde wiki.. asgment pun xley nak buat..

    ReplyDelete
  5. huh..depa ni xdpt untung ka?

    ReplyDelete
  6. wikipedia nih mmg sgt bagos. rasa mcm baca kamus plak kekadang..isi dy simple but lengkap kut..seng, kalau nak cari apa mmg tekan wikipedia..

    ReplyDelete
  7. bantulah diri sendiri sebelum mebantu org lain..haha..wikipedia ni mmg banyak boleh dpt tapi die punye website kurang menarik mungkin..huhu

    ReplyDelete
  8. lama bobo hilang.. busy ka?

    ReplyDelete
  9. cikgu aku selalu pesan,,nak buat assignment..tak leh amik kat wikipedia..haha

    ReplyDelete
  10. suka wikipedia.. sebab banyak maklumat yang kita boleh dapat kat dalam tu.. :)

    ReplyDelete
  11. ceh... co founder tu..hehehe :P

    ReplyDelete
  12. lecturer xbg gune wiki,,tp saya guna je,hehehe

    ReplyDelete
  13. i love to read any infos via wikipedia!!

    ReplyDelete
  14. Wiki sometimes shows discrimination.. They tell ppl lie n deception whch smtimes da history, fact, politics are basically not true.. Say no to wiki.. Hahaha... Tp ade yg boleh percaya.. But wen it comes to islam... Sume tak betull~

    ReplyDelete
  15. Co-founder wikipedia ialah Larry Sanger dan pastinya bukan imbobome :p, tapi Jimbo Wales tak ngaku yang Larry tu co-founder wikipedia.

    Larry jugak ade bwat site sendiri ala-ala wikipedia dinamakan Citizendium.org, tapi rasanya projek tu takleh lawan wikipedia pun, sebab baru ada 16 Ribu rencana, wikipedia dah cecah 3 JUTA dah (english) :D

    ReplyDelete
  16. Co-founder la sgt kan.hehe.
    Wikipedia mmang taman maklumat tp msh ada diskriminasi ttg islam dan dimiliki musuh islam.sapa bole gerenti sumbngn tu bukn utk jalan membnuh saudara kta

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...