Entry terbaru

Seram Bunian atau Syaitan?

Sila baca kisah ni sambil dengar lagu seram untuk menambahkan feel. Kisahnya bermula bila seorang sepupu aku ni balik dari kerja. Pada masa tu dah lewat malam lebih kurang jam 2 pagi. Dia tinggal bersama ibunya di sebuah rumah papan yang terletak sekitar Kuala Lumpur. Sekarang ni kawasan tu dah jadi kondominium.

Kawasan ni terletak berhadapan tanah perkuburan Islam yang sekarang ni masa ada. Ops! tak boleh bagi hint lebih-lebih, nanti korang tahu pula kat mana.

Berbalik pada cerita, masa dia balik kerja jam 2 pagi tu, sebelum melangkah masuk ke rumah, dia terdengar suara perempuan memanggil-manggil namanya dengan suara sayu.


Dia mencari punca suara tersebut tapi tak jumpa. Yang peliknya, satu family boleh dengar suara yang sama. Mengikut cerita tuan badan, 2 hari sebelum itu dia dapat rasa seperti ada perempuan yang ikut dia dan sentiasa memerhatikan dia. Mungkin suara ini milik perempuan yang sama.

Selama seminggu benda ni jadi, sampai bila masuk bilik pun benda tu panggil dia dari luar tingkap bilik. Selepas merujuk pakar perubatan Islam, sepupu aku ini dikatakan telah diminati oleh bunian dan bunian tersebut berniat untuk mengahwininya.

Dengan bantuan pakar perubatan Islam tersebut, suara bunian itu tak lagi kedengaran. Alhamdulillah semuanya selamat.

Jangan tak percaya, manusia mampu memikat hati bunian tau! Tapi pelik gak lah, kita selalu dengar orang kata orang bunian semua cantik-cantik, lelaki bunian macam mana pula? tak hensem ke sampai perempuan bunian tertarik dekat manusia hehe. 

Ops! harap bunian tak baca entry ini ;)


25 Comments
Tweets
Comments

25 Comments:

  1. Haha, mst kacak cousin im tu :D oh btw, klau nk kahwin dgn org bunian, laki mst tak pernah menipu. Wallahualam ;)

    ReplyDelete
  2. huhu! baru update....ternanti2...

    ReplyDelete
  3. hehehe eden ni keturunan bunian.. takpe takpe memandangkan eden dah baca entry ekau ni, nanti eden pegi cntact semua sedara mara bunian den.. ekau tunggu je la ( sila baca sambil dengar bunyi puntianak mengilai ) bhahahhaahah!

    ReplyDelete
  4. huhu..wat meremang jew la..untung la ad bunian minat :p

    ReplyDelete
  5. klau dh org bunian syok smpai mcm tu..
    hmm llki tu mesti org baik2..
    wallahualam..

    ReplyDelete
  6. wow..menggoda pic tu.....puteh sunggoh pompuan tu

    ReplyDelete
  7. dunia kita dengan mereka no berbeza namun tetap dalam satu, cuma ada hijab yg menutup mata kita...

    ReplyDelete
  8. kompem kita lebih hencem dari mamat bunian tu.. haha

    ReplyDelete
  9. ramai lagi manusia kat bumi dunia ni..ye..

    ReplyDelete
  10. errr seram gak kan.. tp no wonder sbb ada gak kes kena culik or kena sorok dgn org buniankan? Waallahualam..

    ReplyDelete
  11. cerita2 cmnie hnye sstengah orang jerk caya..lao yg tak caya tuh msty akan kata khurafat..ntah lah nak cte lebih2 kang kata aq nih memandai2 huhu..tpi mmg mnjadi..:P

    ReplyDelete
  12. salam;
    mungkin mereka nak juga merasa bagaimana kawen campur ni,bunian + manusia mungkin lahir anak gaban atau sayan.

    ReplyDelete
  13. bunian mungkin xbaca entry ni tapi depa tengok cerita sumpah bunian kat tv tu..hehe

    ReplyDelete
  14. bunian.. ai2 anak sdara abg ipar ara kwn ngn bunian gak..

    ReplyDelete
  15. perghhh bunian pun bole tpikat ngn manusia.. hebt la..

    ReplyDelete
  16. salam :)

    entry bunian. nice. haha.
    besar kemungkinan memang x hensem kot bunian2 lelaki. sampai cari lelaki kat dunia realiti. huu~
    opss.. mintak2 bunian lelaki x bace komen ain nie ;P

    ReplyDelete
  17. huhuhu..ade penah gak tgk kat astro oasis, bunian suke manusia..harap xdela bunian yg kacau pakwe wanie..hahaha

    ReplyDelete
  18. bunian tu jin kan..orang kata bunian ni kulit dia cantik takde parut..takde jerawat..huhu...seram2 tapi ingat satu je, ingat, dia makhluk ciptaan Allah juga..

    ReplyDelete
  19. takut plak nak komen... takut bunian baca...hheee

    ReplyDelete
  20. hehe..xlama g dy minat kt im lak la...im dok post sal dy kat cni.hehehehehehehehehehehe....

    ReplyDelete
  21. ayokkk!

    tak macam seram pulak an kalau bunian suka kite.. x__x

    ReplyDelete
  22. bunian pun mcm manusia jgak...punye kehidupan..

    ReplyDelete
  23. eh tak nak baca sampai habis.. seram pulak.. ish!! bikin takut la kau ni..:D

    ReplyDelete
  24. nasib baik seminggu je...kalau hari2...tak ke seram sejuk jadinya..heee~

    ReplyDelete
  25. mesti ada sesuatu yang buatkan bunian tu berkenan..saya pernah pergi berubat kat seorang perempuan yang berkahwin dengan lelaki bunian segala peralatan berubat semuanya warna kuning hanya seseorang yang hijab dia terbuka boleh nampak suami serta anaknya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...