Entry terbaru

Tips menjadi pendengar yang baik pada wanita



Berikan perhatian sepenuhnya 
Apabila si dia mula berkata-kata, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan anda dan dengar dengan teliti setiap apa yang si dia ingin katakan. Walaupun terdapat gadis yang lalu-lalang di sebelahnya, jangan sesekali menjeling ke arah gadis tersebut. 

Pandang matanya
Ketika si dia sedang bercakap, pandang matanya. Renung dan dengar dengan teliti cerita yang ingin disampaikan. Itu akan membuatkan si dia lebih gembira untuk meneruskan cerita atau luahan perasaan kerana anda ada untuk mendengarnya.

Jangan berikan pendapat
Apabila si dia meluahkan perasaaan, jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian. Sebagai contoh, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Jangan pula anda berikan pendapat, "Ala...biarlah dia nak jatuh ke, nak tergolek ke. Bukan awak susah pun...". Ini adalah sangat-sangat mematikan mood pasangan anda. Si dia hanya ingin meluahkan perasaan dan bukannya meminta pendapat anda. Jadi, jangan sesekali memberikan pendapat kecuali diminta.

Bertanyakan soalan
Untuk menaikkan lagi mood si dia bercerita, tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang dicerita. Ini menunjukkan yang anda juga berminat dengan cerita yang si dia kongsikan. Saya guna contoh yang sama seperti di atas, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Soalan yang boleh anda tanya, "La...macam mana dia boleh jatuh?".

Berikan sokongan kepadanya
Sekiranya pasangan anda sedang marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang si dia marahkan. Berikan sokongan yang anda juga berpihak kepadanya. Dan jangan sesekali anda menyokong orang yang dimarah itu pula. Ini akan menunjukkan yang anda tidak menyokong dirinya dan menyebabkan si dia bertambah marah.

Ulang semula apa yang dikatakan
Anda juga boleh mengulang semula apa yang si dia katakan bagi menunjukkan yang anda mendengar ceritanya. Contoh yang sama, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Apa yang anda boleh buat adalah, "La...kesian pakcik tu jatuh tangga...". Dan si dia akan terus menyambung semula bercerita selepas mendapat tahu yang anda sedang mendengar ceritanya.

Diam dan jangan berkata apa-apa
Tetapi, jika topik luahan perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan anda, adalah lebih baik anda berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik anda tahan telinga dan mendengar apa saja yang si dia katakan. Biarkan si dia luahkan segala perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan si dia lebih cepat reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan.


Mudah bukan untuk menjadi seorang pendengar yang baik? Apa yang perlu anda buat hanyalah, mendengar. Itu sahaja.

Perempuan akan rasa diri mereka disayangi apabila luahan perasaannya didengari oleh pasangan. Sekiranya pasangan anda sedang bercerita atau meluahkan perasaan, anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Jadilah pendengar yang baik, kerana itulah salah satu resepi untuk membina percintaan yang bahagia selamanya.. Selamat Menjadi Sang Pendengar kepada Sekuntum Mawar :)

15 Comments
Tweets
Comments

15 Comments:

  1. betul tu.. kebiasaannya lelaki ni x menjadi pendengar yg baik.. kdg2 bila perempuan cerita buat endah tak endah ajer.... disebabkan itu juga selalunya si perempuan akan mencari teman lain utk meluahkan perasaannya dari meluahkan pada pasangan sendiri... kalo jadi mcm tu salah siapa agaknya??

    ReplyDelete
  2. Salam;
    tapi bagi aku kalau kita asik dengar dia je tak boleh jugak sbbnya ada unsur paksaan,berpura2 dalam hubungan ni..

    ReplyDelete
  3. yup btol semua tu..pmpuan kdg2 nak pasangan die dgr segala luahan prasaan die je tu dah ckup melegakan kalo pmpuan tgh marah or tak puas hati..;)

    ReplyDelete
  4. thanks bro!!! awek aq selalu cakap kat aq,

    "u bukan pendengar yang baik"

    hu.. huu... akan ku cuba tips bro ni.. =)

    ReplyDelete
  5. huhu..bole jd consultant la cmni

    ReplyDelete
  6. t na kne bace kt pakwe ara tntg ni.. haha

    ReplyDelete
  7. tersangatlah betul apa yg ditulis kat ats nun...tp tak ramai kut leh cenggitu..tuan punya diri boley buat ker???

    ReplyDelete
  8. Lelaki terlalu ambil mudah perkara'kecil' ini yang sebenarnya amat besar makna kepada para wanita..

    ReplyDelete
  9. alolo..suweetnye pic tu..bila baca lagi la suweet if dapa laki camnie..huhuhu

    ReplyDelete
  10. tipsnya senang je,,dengar,,dan cakap ye!hehe

    ReplyDelete
  11. harap2 si pakcik hariz tu boleh baca benda nih! nak je tenyeh muka dia, biar dia boleh baca sampai faham

    ReplyDelete
  12. hehehee
    kekadang bagi pendapat tu yg buatkan diri ni maleh nak cite balik
    hohoho

    ReplyDelete
  13. salam. mohon share entry ni :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...