Entry terbaru

Adlin Aman Ramli vs Chef Wan Maharajalawak Mega


Wow! Hangat betul kontroversi Maharajalawak Mega kali ni, antara Adlin dan Chef Wan. Sebelum diulas lebih lanjut, sila tonton video persembahan Adlin yang merupakan punca perbalahan antara dua individu bijak mengkritik ni..


Adlin tersingkir pada malam persembahan Maharajalawak Mega minggu lepas, sejurus selepas itu, Chef Wan membuat status facebooknya yang ni..


Apa yang aku nampak, Chef hilang sabar bila Adlin cakap air liur Chef Wan tersembur dalam masakkan dia. Aduhai, kan itu hanya lawak? Tak salah pun rasanya. Tapi Chef Wan ambil serius tentang hal tu ok! Agaknya memang pantang bila orang permainkan masakkan dia tu. Yelah, dia kan Chef terkenal, internationale gitew..


Mungkin Adlin tersilap dalam menentukan konsep persembahannya malam itu, Chef Wan pula, pantas mengemaskini facebooknya. Rasanya Chef Wan tak patutlah buat macam tu, tak serik ke pasal majlis Norman & Memey dulu tu? Tindakan mengkritik peserta di facebook tu tak wajar, depan cakap lain, dalam facebook cakap lain. Sepatutnya kita perlu menghormati program sebab program sedang berlangsung.


Selepas itu, Adlin pula umumkan perang facebook antara FB Adlin & FB Chef Wan.


Kemudian berperang lah selepas tu sampai sekarang. Bukan isu matang atau tidak disini. Dua-dua dah matang, tapi bertindak seperti orang yang belum matang. Sebenarnya masalah ni timbul sebab salah faham je diantara mereka ni. Bukan sebab Adlin tak boleh dikritik mahupun Chef Wan memberi komen pedas. "SALAH FAHAM".



Nasihat untuk Adlin:
  • Sentiasalah cool bro. Buat relax je. Tapi sekarang nampak ok sebab Adlin makin tenang.
  • Kurangkan sikit ego tu, biasalah lelaki mesti ada egonya kan.
  • Teruskan berkarya, bro ada peminat tersendiri.
Nasihat untuk Chef Wan:
  • Kalau boleh kurangkanlah kritik orang lain kat facebook tu ye.
  • Kalau boleh, sampaikanlah mesej yang jelas face to face.
  • Teruskan mengelilingi dunia dengan membawa nama Malaysia!
Semoga perbalahan ini tidak berpanjangan. Selesaikan lah dengan menggunakan akal yang waras. Tunjukkanlah contoh yang baik kepada mereka yang baru menceburi industri hiburan kita ni. :)

Malam ni jangan lupa saksikan persembahan BOBOI & OSBON!!

15 Comments
Tweets
Comments

15 Comments:

  1. dlm dunia hiburan yg kecik ni pon nk gaduh.xpaham tol.

    ReplyDelete
  2. boboi ngan osbon je ok..yg len xbest

    ReplyDelete
  3. 2-2 ada silapnya.. dan 2-2 x berapa nak pro... kesimpulannya.. 2-2 sama ajer.. hehehe

    ReplyDelete
  4. xyhla jd retis jd hang kebun da la.. hahaaha~

    ReplyDelete
  5. cepat melatah!

    tu lah..kadang2 lawak tu mampu buat kita tersinggung..maybe tak kena dengan cara, masa atau emosi juri..

    ReplyDelete
  6. tak sudag sudah..... dunia artis....

    ReplyDelete
  7. papepun.. Boboi the best!
    ngan Osbon jugak!!

    comment me back! XD

    ReplyDelete
  8. hal tu pun nak diperbesarkan...adoi...

    #aq layan boboi & osbon je...:D

    ReplyDelete
  9. haha, memang maharaja lawak la diorang ni. tak sedar kot, orang sedang mentertawakan mereka.

    ReplyDelete
  10. pkara kecik pown na heboh an.. taw la retis an.. huhu

    ReplyDelete
  11. da tua-tua pon nk gaduh..publisiti murahan..LOL

    ReplyDelete
  12. if i be "adlin" or "chef wan" i'll take that advice.
    nasihat tu sungguh berguna bro. hehe

    ReplyDelete
  13. benda remeh yg dibesar2kan. memang kena jaga2 la masa wat lawak. :)

    ReplyDelete
  14. haih...nasib baik aku tak folo sangat MLM ni. asyik telupe je. time ML yang tak Mega tu tak pula aku lupa.

    tp pa pe pon Boboi tebaeekk...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...