Entry terbaru

Carikan Jodoh Pada Orang yang Kita Berkenan by Sha Myheart

Assalamualaikum.

Korang pernah tak mengalami kena carikan jodoh untuk orang yang korang berkenan? Susah juga ek, suka kat orang tu, dia suruh kita carikan jodoh untuk dia pula. Tak kan suka hati je nak offer diri? Pening juga dibuatnya.

Aku nak ceritakan pada korang pasal masalah cinta yang bakal berputik seorang kawan baikku ini.

Kawanku bernama Ana. Dia ada berkenan, minat dan secret admire pada seorang kawan lelakinya, Ahmad. Walaupun Ana tua setahun dari Ahmad tak menghalang daripada diorang berkawan baik. 


Masalahnya sekarang, mamat tu suruh si Ana ni carikan calon untuknya. Ana gembira sebab dia baru tahu si lelaki tiada pasangan. Selama ini diorang berkawan, dan Ana sangkakan Ahmad mempunyai teman wanita kerana wajah Ahmad yang kacak.

“Dia handsome, tak kan tak ada girl friend (gf) kot.. Kalau ko tengok, mesti cair punyalah.”
“Weh, suka hati kau je cakap aku cair.”
“Thehe  ~ Dia handsome wei.” 
“Ye la, dah ko berkenan, mestilah handsome walaupun muka macam pecah rumah. Haha~”
“Amboi, sedap ko kata aku ye. Dia bukan saja kacak tapi smart dan ada ilmu agama.”
“Ye la, semua ambik kat dia. Puji melambung.”
“Hehe~”

“Masalahnya, dia suruh aku carikan calon untuknya. Sedangkan aku ada ni, dia tak nampak ke?” Rintih teman rapatku.

Ciri-ciri yang Ahmad bagi tu memenuhi ciri-ciri Ana ada.  Ahmad tak kisah kalau calon tua sedikit darinya. Gembira giler dia. Tapi Ahmad suruh carikan calon perempuan yang sesuai.

Aku ada la nasihat Ana sikit-sikit. Aku pun tak tau nak buat macam mana, pengalaman tak banyak lagi Hehe~.


Apa pendapat korang berhubung isu ini? Jangan sekadar menjawab dengan jawapan yang tipikal, kalau jodoh tak ke mana. Aku mahukan jawapan yang lebih kreatif, mungkin berdasarkan pengalaman korang. 

Minta tolong, ya. Terima kasih. Korang memang sweet =)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Entry ini ditulis oleh Sha Myheart. Blogger yang berminat dijemput untuk menulis entry di blog iMBobo ni.. emailkan je entry korang tu ke imbobome@gmail.com. Tak kesah topik apa pun. :)
 

33 Comments
Tweets
Comments

33 Comments:

  1. ok, pcl bg cadangan cmni...Ana tu mgkn dah tau ciri wanita idaman Ahmad kan, so buat je cm apa yg di nak....bg Ahmad tu napak dia je selalu..ambil,berat...perhatian tu penting, insyaallah. ...bak kata MaherZain..ada jalannya..!

    ReplyDelete
  2. terus terang aje..mungkin dengan itu seikhlas hati akan diterima..

    ReplyDelete
  3. ndak salah kalau perempuan tu berterus terang...tapi paling mudah...berikan dia hadiah yang menyentuh hati si Ahmad...seperti jam ke...mengapa pilih jam...bila tengok jam tu akan teringat pada ana...itu perumpamaan je...apapun, kalau dah suka cakap je suka..ndak salah....

    ReplyDelete
  4. "Ciri-ciri yang Ahmad bagi tu memenuhi ciri-ciri Ana ada. Ahmad tak kisah kalau calon tua sedikit darinya. Gembira giler dia. Tapi Ahmad suruh carikan calon perempuan yang sesuai."

    bagi aku ahmad tu pun suka kat Ana tapi dia pun malu nak terus terang. ala macam dlm dram korea la pulak.

    apa kata Ana pegi kat Ahamad tunjuk satu gambar calon dia. kat belakang gambar tu Ana list kan ciri2 yg Ahmad sebut. pastu bila Ahamad pusing gambar tu, tu adalah gambar Ana, then Ana terus terang la dgn dia.

    ReplyDelete
  5. nak minta pendapat?emmm..cube cakap berkias2 kat die mcm dlm drama Ketika Cinta Bertasbih tu..

    ReplyDelete
  6. Y__Y
    rase mcm bace diari diri sendiri..;(

    ReplyDelete
  7. mungkin cik ana leh tunjukkan sedikit rasa sukanya pada mamat tuh, sb mungkin mamat tuh tak berapa nak sedar. melainkan mamat tuh mmg dah anggap cik ana member rapat. susuh sket kot bg lelaki yg anggap mem pompuannya sbg kawan rapat sbg awek, tp leh ja kalau dah diusahakan..

    ni sumer berdolak dalik akan hal dikemudia ari, mamat tuh mungkin tknak amik risiko, tp bg akaklah, tu da kira bonus bg mamat tuh, sb dy dah kenal ati budi mamat tuh..

    tonjolkan diri yer cik ana..caiyok2

    ReplyDelete
  8. soh la ana suggestkan dri dia sndiri,

    err

    ReplyDelete
  9. tengah mencari jodoh utk diri sendiri =)

    ReplyDelete
  10. wahh complicated kan problem macam ni..

    ReplyDelete
  11. hurm..suruh la ana toh bg hint..anis rase laki toh pon mcm cube bg hint je..hohoho..moga dapat la si ahmad toh..

    ReplyDelete
  12. errr . ana terus terang je la dekat ahmad . mana tahu hati dia terbukak pula . kan diorang dah lama kawan baik . mesti da faham antara satu sama lain .

    yang penting dekat sini , ana kena bagi tahu perasaan dia dekat ahmad .kalau tak , rugi je :))

    p/s : abg bobo , dila dapatkan blog yang kena removed tu dgn cara bagi number phone dekat google . hehee . byk bang tutorial dekat google ni (^_^)

    ReplyDelete
  13. saya rasa,,Ana buat2 la cari dulu..kalau tak jumpa,,baru lah tawar diri dia pulak..hahaha..bg2 la hint kat laki tu ke..

    ReplyDelete
  14. orang lain menulis entry utk blog ekau? huuuuu bestnya...

    ReplyDelete
  15. sekarang dah x da istilah perigi cr tima @ timba cr perigi.. malah sapa cepat dia dapat, so apa lagi ana,.. terus terang sambil2 tu makin la tunjukkan ciri2 yg menepati ciri2 pilihan ahmad..

    ReplyDelete
  16. PLC: cadangan yang baik juga tu.. kena take care lebih =)

    ReplyDelete
  17. Bro Ahmad: terus terang? terus terang pun kena slow-slow. =)

    ReplyDelete
  18. Kancil: terus terang, kasi hadiah.. terima kasih di atas cadangan =)

    ReplyDelete
  19. Hani: Ye ke Ahmad pun suka Ana? Crite Korea tajuk apa? Haha~

    oo, letak gambar sekali ek? haha~ lawak pula rasa. Tapi cadangan yang baik. Nanti sha sampaikan pada Ana =)

    ReplyDelete
  20. Zulaikha: kena suruh Ana tengok cerita ketika cinta bertasbih ni :)

    ReplyDelete
  21. Azlia: kehidupan kdg2 sama saja skripnya. hehe~
    nape sedih pula? Chill, dear

    ReplyDelete
  22. terus trg jew.. hehe
    tp besenya pompuan malu nk mulakan dlu..
    papepun x slh kalo kita sbgi pompuan y stat dlu heeeee...

    ReplyDelete
  23. Cinta Zulaikha: tunjukkan minat sebab mamat tu tak berapa sedar ye.

    kawan baik.

    tonjolkan diri..

    em, dah macam cerita Kuch2 hota hai dan Heart (indonesia) je ni. Haha~

    ReplyDelete
  24. fyqa: ok, akan disuruh ana buat macam tu :)

    ReplyDelete
  25. cikgu ma: semoga dapat jodoh =)

    ReplyDelete
  26. Anis: hint? ok2, akan diberitahu pada Ana. harap2 la diorang akan ke gerbang perkahwinan. =)

    ReplyDelete
  27. Sadilla: berterus-terang tentang perasaan Ana, ya. Ok-ok.. tq

    ReplyDelete
  28. anak wak mail: haha~ buat2 cari ye, then untuk diri sendiri =)

    ReplyDelete
  29. aimaniman: tips yang menarik tu. tq ya =)

    ReplyDelete
  30. sleeping: terus terang? =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...